Buat: Bank Atas Talian

Pada suatu ketika dahulu, sebarang pembelian seperti keperluan rumah, pakaian, makanan dan sebagainya memerlukan anda untuk keluar. Sekarang, tidak lagi!

 

Zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari. Ya, Semua. Bagaimana dengan pembayaran? Duit tidak lagi perlu sentiasa berada di dalam walet.

Online Banking / Bank atas talian

Hampir semua orang dewasa tahu menggunakan perkhidmatan bank atas talian. Namun pernah kah anda dengar tentang bahayanya perbankan atas talian? Setiap perkara pastinya ada baik dan buruk. Jom lihat bagaimana Kak Lisa boleh menggunakan perkhidmatan bank atas talian dengan selamat!

Aktiviti 1
Bantu Kak Lisa membuat tetapan Kata Laluan untuk akaun banknya.

Tip tambahan:

 

i. Gunakan kata laluan yang berbeza dari kata laluan akaun sosial anda

 

ii. Pastikan anda tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir atau no telefon anda

 

iii. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil serta nombor. Pastikan kata laluan anda tidak kurang dari 6 digit.

Tahniah! Sekarang Kak Lisa sudah mempunyai bank atas talian!
Berikut merupakan perkara yang Kak Lisa boleh lakukan dengan mudah dan pantas.

Pembayaran Bill

Menghantar wang ke Ibu Bapa di Kampung

Simpan di Akaun ke-2

Berbelanja atas Talian

Bantu Kak Lisa Menyimpan

Kak Lisa mempunyai dua akaun bank yang berbeza. Ini bagi memudahkan Kak Lisa untuk menyimpan. Akaun bank utamanya merupakan akaun yang akan menerima gaji bulanan dari kerjanya. Untuk mengelak perbelanjaan yang tidak sepatutnya, Kak Lisa akan menyimpan 10% daripada hasil pendapatannya di akaun ke-2. Bantu Kak Lisa