Ibu Bapa: 16 – 18 Tahun

Tips!

Hapuskan rasa bersalah dalam diri anda sekiranya anda tidak mampu memberikan anak anda segala kehendak mereka.

Lihat kekangan kewangan anda sebagai peluang untuk mereka memperbaiki situasi kewangan mereka dengan cara kreatif.

Kemahiran Utama

Yang Perlu Dipupuk Di Usia Ini

1

Selesa dan mahir menggunakan instrumen kewangan berlainan.

2

Faham konsep hutang dan pengurusan kredit.

3

Yakin menguruskan perbelanjaan sendiri dan tidak berbelanja berlebihan.

Aktiviti Mudah

1

Tunjuk cara pembayaran atas talian yang selamat

Kongsikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil, terutamanya dari aspek perlindungan maklumat peribadi dan sebagainya.

2

Jelaskan mengenai konsep berhutang

Jelaskan konsep berhutang, kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank (contohnya sekiranya mereka ingin membeli motor atau kereta) serta tabiat-tabiat berhutang yang penting, seperti membuat pembayaran tepat pada masanya.

Kongsikan juga kisah mengenai badan-badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram seperti Ah Long.

3

Ajar pengurusan elaun bulanan

Kongsikan cara menguruskan elaun bulanan berdasarkan kategori berbeza seperti sewa bilik, makanan dan sebagainya.

Matlamatnya adalah supaya mereka bersedia dengan kemahiran pengurusan kewangan ketika menyambung pelajaran atau bekerja nanti.

Ada Masa Ekstra?

1

Terangkan perbezaan instrumen kewangan yang berlainan seperti kad kredit, kad debit & e-wallet

Kongsikan situasi berbeza di mana anda biasanya akan menggunakan kad kredit, kad debit atau e-wallet.

Rujuk panduan “Kaedah Bayaran Berbeza” di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 16-18 tahun) untuk membincangkan instrumen kewangan yang berlainan.

2

Bincangkan gimik-gimik pemasaran & jualan

Bincangkan antara sebab syarikat membuat gimik-gimik jualan seperti “Jualan Merdeka”, “Jualan 9.9”, “Beli 1 Percuma 1” dan sebagainya.

Perbincangan ini dapat membantu mereka membuat penilaian yang lebih baik tentang promosi jualan yang kerap kali diadakan.

3

Kongsikan kisah ikon-ikon yang kini berjaya walaupun bermula dengan kehidupan susah

Bantu mereka untuk mengenali ikon-ikon yang melihat kekangan kewangan keluarga sebagai motivasi untuk memperbaiki hidup mereka sendiri.

4

Kongsikan kes-kes penipuan terkini

Bincangkan berita-berita penipuan dalam talian yang pernah dialami rakyat Malaysia.

Anda juga boleh berkongsi artikel “Penipuan di Alam Perbankan” di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 16-18 tahun) dengan anak anda.

5

Jelaskan kepentingan simpanan untuk kecemasan

Terangkan cara melindungi diri daripada situasi-situasi yang tidak dijangka.

Kongsikan tentang langkah berjaga-jaga yang anda sendiri amalkan atau perlu amalkan seperti mempunyai simpanan untuk kecemasan atau perlindungan insurans atau takaful.

Tonton bersama video Instagram “Pengenalan pada Takaful” yang dihoskan oleh pelawak terkenal, Zizan Razak di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 16-18 tahun).

6

Tanamkan sifat sentiasa ingin menambah pengetahuan kewangan & memperbaiki diri

Tanamkan dalam diri anak anda sifat ingin menambahkan pengetahuan kewangan dan memperbaiki situasi diri sendiri tanpa mengira usia.

Contohnya, galakkan mereka untuk mendapatkan maklumat kewangan terkini yang berguna sama ada melalui majalah, komik atau video seperti yang ada di Portal Fun(d) for Life!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!