Program Kejar Impian

"Aku ingin menjadi seorang Apakah pula impian anda?

Program Kejar Impian adalah program bimbingan  yang direka khas untuk membantu pelajar 14 – 18 tahun seluruh Malaysia  mencapai impian kerjaya mereka.

 

Kami percaya bahawa setiap pelajar mampu mencapai cita-cita mereka sekiranya mereka didedahkan kepada kerjaya inspirasi, dibantu dengan kemahiran yang diperlukan dan mempelajari kaedah merancang impian yang betul.

 

Melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna serta bimbingan mentor, setiap pelajar diberi peluang untuk meneroka potensi diri berdasarkan minat, kemahiran abad ke-21 dan literasi kewangan ke arah mencapai impian serta meningkatkan tahap kehidupan.

3 Sesi Bengkel Dalam Talian

Sesi 1: Kenali Kerjaya Impian & Bengkel Kemahiran

Peserta akan dibekalkan dengan  pengetahuan tentang kerjaya tersebut melalui perkongsian video dari Hero Kerjaya serta bengkel kemahiran secara interaktif bersama Mentor-Sifu selama 2 jam.

Sesi 2: Rancang Pelan Impian

Peserta akan diajar untuk menetapkan matlamat masing-masing, melihat pada jangkamasa yang diperlukan serta aspek-aspek lain yang akan diambil kira untuk mencapai matlamat mereka.

Sesi 3: Pamerkan Kemahiran!

10 peserta akan diberi peluang untuk membuktikan kemahiran yang dipelajari melalui Pembentangan Kreatif bagi Pertandingan Projek Akhir. 4 peserta terbaik berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai untuk merealisasikan impian mereka!

5 Bengkel Kerjaya Impian

14 Ogos 2021, Sabtu

8 – 10 malam

 

 

21 Ogos 2021, Sabtu

8 – 10 malam

 

 

 

28 Ogos 2021, Sabtu

8 – 10 malam

 

 

4 September 2021, Sabtu

8 – 10 malam

 

 

11 September 2021, Sabtu

8 – 10 malam

 

 

Video Sesi Program Kejar Impian

 

*Klik di bahagian atas sebelah kanan video ini (sebelah butang Watch Later | Share) untuk menonton semua video dari Program Kejar Impian.

 

Perjalanan Peserta Program Kejar Impian

14 Ogos - 11 September Sabtu | 8.15PM - 10.15PM
Sesi Kenali Kerjaya Impian & Bengkel Kemahiran
          • Peserta perlu memilih sekurang-kurangnya 1 daripada 5 Sesi Kerjaya Impian. 
          • Peserta perlu mendaftarkan minat melalui Borang Penyertaan di sini selewat-lewatnya seminggu sebelum sesi yang telah dipilih. 
          • Peserta akan dimaklumkan melalui emel 3 hari sebelum Bengkel berlangsung. 
18 September Sabtu | 8.15PM-10.15PM
Sesi Pelan Impian
          • Peserta akan dibimbing untuk menetapkan matlamat masing-masing, melihat pada jangkamasa yang diperlukan serta aspek-aspek lain yang akan diambil kira untuk mencapai matlamat mereka.
          • Peserta yang menandakan minat mereka untuk menyertai Sesi Pelan Impian (dalam Borang Maklum Balas yang dikongsikan selepas Bengkel Kemahiran), akan menerima emel mengandungi link bagi sesi ini selewat-lewatnya 13 September 2021. 
23 September Khamis | 11.59PM
Hantarkan Pembentangan Kreatif
          • Ini merupakan tarikh akhir bagi para peserta menghantarkan pembentangan kreatif sekiranya mereka ingin disenarai pendek untuk Pertandingan  Pembentangan Akhir bagi Program Kejar Impian.
          • Pembentangan Kreatif perlu lah mengandungi 3 elemen: 
            • sebab anda memilih kerjaya tersebut
            • kemahiran yang anda ada dalam kerjaya impian yang telah dipilih. dan 
            • pelan anda untuk mencapai kerjaya impian anda.
          • Jenis pembentangan kreatif yang boleh dihantar:
            • Video 1-3 min; ATAU
            • Pembentangan slaid kurang dari 10 slaid; ATAU
            • Lakaran: Tidak lebih 3 muka surat A4
27 September Isnin | 10.00AM
Pengumuman 10 Penyertaan Terbaik yang Layak ke Peringkat Akhir
          • 10 peserta dengan penyertaan pembentangan kreatif terbaik akan diumumkan melalui emel dan whatsapp. Kami juga akan membuat pengumuman di laman Instagram dan Telegram kami. 
          • 10 peserta terpilih ini akan mara untuk berkongsi Pembentangan Kreatif mereka di peringkat akhir bagi Pertandingan Kejar Impian. 
30 September Khamis | 8.15PM-10.15PM
Raptai & Persediaan bagi 10 Peserta Terpilih
          • 10 peserta terpilih perlu menghadiri raptai dan persediaan bagi Pertandingan. 
          • Mentor - mentor dari FWD Takaful juga akan membimbing para peserta dalam membuat pembentangan terbaik. 
2 Oktober Sabtu | 8.15PM - 10.15PM
Pertandingan Program Kejar Impian
          • 10 peserta terpilih akan berkongsi Pembentangan Kreatif  mereka di peringkat akhir bagi Pertandingan Kejar Impian. Pertandingan ini dapat ditonton secara LIVE di Youtube dan Facebook Arus Academy. 
          • Panel Juri akan memilih 4 peserta terbaik untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,600!

Apakah yang diperlukan oleh peserta?

Telefon Pintar

Komputer

Akses kepada internet

Keinginan untuk mengubah masa depan!

Telah menyertai Bengkel Kerjaya Impian dan ingin menyertai Pertandingan Kejar Impian?

Hantarkan Pembentangan Kreatif anda!

Hadiah Pertandingan Program Kejar Impian

RM600 wang tunai

RM500 wang tunai

RM300 wang tunai

RM200 bagi pemenang saguhati

Sijil Penyertaan bagi Peserta Pertandingan Program Kejar Impian

 

*Program Kejar Impian mendapat sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian dari Kementerian Pendidikan Malaysia.