Kem Fun(d) For Life

Kem Literasi Kewangan

Kem Fun(d) for Life menggabungkan aktiviti interaktif seperti simulasi kewangan dan juga pembinaan aplikasi digital. Kem ini bertujuan untuk memberikan murid sebuah pengalaman sebenar dalam pengurusan kewangan, membina kesedaran takaful dan berfikiran kristis dan kreatif dalam membina sebuah penyelesaian menggunakan kemahiran digital. Berikut adalah sesi-sesi utama dalam kem ini:

Pendidikan Kewangan

Membina pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada konsep pengurusan wang dan takaful.

Permainan

Simulasi beberapa peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan, di mana peserta dapat mengasah kemahiran membuat keputusan dan menyaksikan sendiri kesan bagi setiap keputusan dari segi kewangan. 

Aplikasi

Design Sprint dan pembinaan aplikasi digital atau video untuk membantu masyarakat menguruskan kewangan dan mendapatkan perlindungan takaful.

Pembentangan

Membina keyakinan diri murid dalam sesi pembentangan hasil aplikasi digital atau hasil penceritaan melalui video.

Apakah yang akan peserta pelajari melalui Kem Fun(d) for Life?

Menguruskan kewangan dengan baik

Mendapatkan perlindungan kewangan

Membuat keputusan perbelanjaan yang bijak 

Membina hasil kerja samada app ataupun video

Klik di bawah untuk maklumat lanjut mengenai semua kem yang telah diadakan:

Berminat untuk menjalankan kem ini di sekolah anda pada masa akan datang?

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!