Soalan Lazim

Portal Fun(d) for Life merupakan ‘One-Stop-Centre’ yang mengandungi pengisian interaktif tentang pengetahuan literasi kewangan dalam bentuk simulasi dan permainan, untuk murid, guru dan ibu bapa.

Portal Fun(d) for Life dicipta selari dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 untuk mempergiatkan lagi pendidikan kewangan dalam meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia, sebagai salah satu prasyarat untuk mengukuhkan kesejahteraan kewangan setiap individu.

Portal Fun(d) for Life dicipta untuk pelajar berumur 7 – 18 tahun, para guru serta ibu bapa.

Pelbagai aktiviti seperti permainan, kuiz, infografik, video dan idea-idea aktiviti yang berkaitan dengan pengetahuan literasi kewangan akan dikongsikan di Portal Fun(d) for Life. Kami akan berkongsi lebih banyak aktiviti-aktiviti menarik selain Pengembaraan Pak Pandir & Keluarga Siri COVID-19 bermula Jun 2020. Jika anda seorang pelajar, guru mahupun ibu bapa yang ingin meningkatkan pengetahuan literasi kewangan melalui pelbagai aktiviti yang menarik, jangan lupa untuk layari Portal Fun(d) for Life lagi dari masa ke semasa.

Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Sudut Permintaan 2018 (Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey 2018, FCI 2018) oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan rakyat Malaysia ketika ini boleh ditambah baik.

 

FCI 2018 tersebut mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan tentang rakyat Malaysia, antaranya::

  • Tahap pengetahuan kewangan
  • Simpanan dan belanjawan
  • Kesediaan menghadapi peristiwa yang tidak dijangka dalam kehidupan; dan
  • Perancangan untuk persaraan

 

Maklumat dan aktiviti yang terdapat di Portal ini adalah dicipta dengan tujuan untuk mengukuhkan 4 perkara ini.

Portal Fun(d) for Life dibina oleh Arus Academy dengan tajaan FWD Takaful.

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

 

Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (FWD) – perniagaan insurans daripada kumpulan pelaburan, Pacific Century Group – yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah Takaful keluarga dan faedah pekerja merentasi beberapa pasarannya.

 

Sejak tahun 2013, FWD telah menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru, dengan produk-produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD akan mencapai visinya untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Kami boleh dihubungi melalui hello@fundfor.life untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin berkongsi idea anda mengenai pengetahuan literasi kewangan.

Anda boleh mengisi borang makluman di bawah untuk terus mengikuti perkembangan terkini daripada Portal Fun(d) For Life!

Soalan Lazim Cabaran Fun(d) For Life Global Money Week

Anda hanya memerlukan sambungan Internet untuk menggunakan Thunkable. Ia menggunakan pelayar web (web browser) dan bukan sebuah program komputer. 

 

Untuk pengalaman yang baik, gunakan komputer atau laptop untuk membina aplikasi anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang komputer atau laptop, anda masih boleh menggunakan telefon pintar tetapi skrin yang kecil akan menjejaskan rupa bentuk antara muka Thunkable.

Tidak wajib. Anda masih boleh teruskan dalam pembinaan aplikasi Thunkable tanpa menghadiri bengkel pada 24 Mac 8.00-9.30pm

Segala usaha yang dilakukan untuk memperkenalkan takaful keluarga ialah melalui pendekatan yang sama, iaitu melalui perkongsian dari seorang agen takaful atau pemberian risalah ataupun iklan. Pendekatan ini kurang efektif terutamanya dengan golongan B40. 

 

Jika pengenalan dibuat melalui sebuah aplikasi mudah alih, terdapat banyak potensi untuk pendekatan yang interaktif. Pengguna aplikasi boleh membaca, menonton, membuat sesuatu aktiviti dan juga berkongsi pengalaman. Pengalaman yang menarik serta interaktif dapat menaikkan kadar penerimaan maklumat tentang takaful terutamanya untuk golongan yang sudah berkeluarga.

 

Interaktif bermaksud isi kandungan dalam aplikasi tersebut berjaya mendapat tindak balas dari seorang pengguna. Ia juga membolehkan pengaliran maklumat secara dua hala antara aplikasi dan juga pengguna.

Ramai orang menghadapi masalah pengurusan kewangan. Apabila akhir bulan semakin hampir, mereka akan mendapati wang tidak mencukupi akibat kelemahan merancang dan mengurus kewangan. Apabila ini berlaku, ia menjadi semakin susah untuk menjimat duit atau mempunyai baki peruntukkan setiap bulan. 

 

Apabila mereka tiada kebolehan untuk menjimat atau mempunyai baki wang, maka pertimbangkan mendapatkan pelindungan takaful tidak menjadi sesuatu yang penting.

 

Jika golongan ini mempunyai sebuah aplikasi mudah alih yang dapat membantu mereka merancang dan mengurus kewangan, maka ia akan menjadi semakin mudah untuk melihat peluang untuk mendapatkan pelindungan takaful untuk diri sendiri.

 

Perkhidmatan membeli takaful pada masa sekarang masih menggunakan cara yang biasa iaitu melalui seorang agen yang akan menemui kita secara fizikal ataupun melalui telefon. Cara ini kurang memberi peluang untuk pengguna memahami produk takaful serta maklumat tambahan sendiri sebelum memilih takaful yang sesuai dengannya. 

 

Jika mereka mempunyai sebuah aplikasi mudah alih yang dapat membantu mereka memilih dan membeli takaful dengan mudah, maka ramai orang akan berasa pengalaman pembelian takaful itu sesuatu yang mudah dan selesa.

Untuk memastikan aplikasi anda sebuah aplikasi yang efektif, anda perlu memastikan kandungan dan penggunaan aplikasi masih selari dengan persoalan yang dipilih.

  1. Anda perlu nyatakan persoalan yang dipilih.
  2. Siapakah pengguna anda
  3. Idea – idea perbincangan yang dihasilkan
  4. Idea yang dipilih untuk dijadikan sebuah aplikasi.
  5. Bagaimana aplikasi anda dapat menyelesaikan persoalan yang dipilih.
  6. Terangkan rupa bentuk aplikasi anda. 
  7. Apakah pengalaman pengguna aplikasi anda. 
  8. Penutup 

Anda perlu menghasilkan sebuah video yang tidak lebih daripada 5 minit.

Kami hanya membenarkan saiz video tidak melebihi 100MB.