"Kecil-Kecil, Celik Duit" merupakan sebuah siri video yang bertujuan membina generasi celik kewangan.

Ia dihoskan oleh Zara yang berusia 10 tahun. Antara topik-topik yang akan dipelajari melalui siri ini termasuklah:

Konsep Duit, Bajet, Pelaburan, Perlindungan Duit dari Scammers, Macam mana nak dapatkan duit yang banyak dan macam-macam lagi!

Episod 1:
Duit oh duit - duit itu apa dan kenapa kita kena ada duit?

Dari usia kecil lagi, kita dah mula nampak ibu bapa atau orang dewasa sekeliling kita membuat pertukaran dengan sekeping kertas atau syiling untuk mendapatkan sesuatu. 

 

Tapi, kenapa duit tu penting sangat? Jom kita kenali duit dengan lebih mendalam supaya kita boleh ‘berkawan rapat’ dengan duit!

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah: 

1. Duit tu Apa? 

2. Kenapa kita kena ada duit?

3. Apakah antara barang yang boleh kita beli dengan duit? 

4. Apakah antara tips-tips penting mengenai duit? 

Episod 2:
Bajet itu apa dan kenapa kita perlukan bajet?

Kalau sebut perkataan ‘bajet’ ni, kita selalu dengar.. “Alamak, tak cukup bajet la bro!”

 

Mak Zara pun kata bajet tu penting untuk sesiapa sahaja yang sayangkan duit mereka. Ha, siapa tak sayang duit?

 

Tapi, bajet tu apa sebenarnya?

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah:
1. Bajet tu apa?
2. Kenapa kita perlu gunakan bajet? Apa jadi pada orang yang tak gunakan bajet?
3. Macam mana saya nak mula bajet di usia muda?
4. Apakah tips-tips untuk mengamalkan tabiat bajet?

Episod 3:
Macam mana Nak Kaya?

Siapa tak nak tahu, macam mana nak jadi kaya kan? Kalau nak jadi kaya, mestilah ada banyak duit kan?

 

Tapi… macam mana kita boleh dapatkan duit?

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ketiga Kecil-Kecil, Celik Duit ini bersama tetamu Iza Sallehuddin, pengasas Baked KL adalah:

 

1. Berapa banyak duit yang kita perlukan untuk jadi kaya?
2. Apakah sumber-sumber duit?
3. Macam mana saya nak mulakan perniagaan saya sendiri?
4. Tips-tips untuk orang muda yang nak mulakan bisnes sendiri?

Episod 4:
Istilah dan Peralatan Kewangan

Banyak betul istilah & peralatan kewangan pada masa kini, sampai pening kepala Zara. Ada akaun simpanan la, pinjaman bank, kad kredit & e-wallet. Apa maksud setiap satu ni?

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod keempat Kecil-Kecil, Celik Duit ini ialah:

 

1. Apakah antara istilah dan peralatan kewangan terkini yang ada kat luar sana?

2. Apakah maksud, manfaat dan risiko akaun simpanan, pinjaman bank, Kad Kredit dan e-wallet.

3. Tips dalam mengharungi 1001 istilah istilah dan peralatan kewangan di zaman ni.

 

Terima kasih pada tetamu kita minggu ni, Aunty Aiza Azreen Ahmad yang merupakan CEO, Pertama Digital.

Episod 5:
Pengurusan Risiko Kewangan & Apa itu Takaful?

Nampaknya, ramai yang tak tahu apa maksud risiko kewangan. 

 

Padahal, seorang yang celik kewangan adalah mereka yang bukan sahaja faham konsep kewangan tetapi mereka juga kena tahu dan bersedia untuk menghadapi risiko kewangan. 

 

Bahaya, bahaya kalau tak tahu! 

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam Episod 5 Kecil-Kecil, Celik Duit ini bersama tetamu Zara minggu ini, Uncle Wan Ahmad Najib, Ketua Pegawai Strategi & Saluran Digital di FWD Takaful adalah:

 

1. Apakah risiko kewangan yang biasa dihadapi? 

2. Apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri kita dari risiko-risiko ini? 

3. Apa itu Takaful?

Episod 6:
Pelaburan & Tips Pelaburan untuk Anak Muda

Dah banyak Zara konsep-konsep kewangan penting yang Zara pelajari termasuk lah mengenai konsep duit, bajet, macam mana nak buat duit, istilah & peralatan kewangan dan perlindungan risiko kewangan seperti Takaful.

Next, masa untuk Zara belajar mengenai satu lagi konsep kewangan yang penting – Pelaburan!

Tapi, pelaburan ni untuk orang dewasa je ke?

Antara soalan yang akan dijawab dalam Episod 6 Kecil-Kecil, Celik Duit ini bersama tetamu Zara minggu ini, Kak Wong Mei Hwa, Strategi Korporat di FWD Takaful adalah:

1. Apakah maksud & contoh pelaburan?
2. Apakah manfaat pelaburan?
3. Apa beza simpanan dan pelaburan?
4. Bila kita boleh melabur?
5. Apakah tips pelaburan untuk anak muda?

Dah tonton siri Kecil-Kecil, Celik Duit?

Jom uji kemahiran kewangan anda!

Anda seorang guru atau ibu/bapa?

Dapatkan templat kuiz di sini!

Korang ada persoalan lain mengenai duit yang korang nak Zara tanyakan kepada pakar?

Kongsikan soalan-soalan anda mengenai duit di sini!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!