Murid: 16 – 18 Tahun

Inginkan tip-tips kewangan yang mudah?

Adakah anda ingin mengetahui antara cara-cara yang mudah untuk hidup senang pada masa akan datang? Dengarlah tips kewangan mudah daripada pengarah YTL Construction, Natasha Zulkifli.

Anda pernah dengar tentang Takaful?

Jom lihat video temu bual CPO FWD Takaful bersama selebriti terkenal, Zizan Razak!

 

Chief Product Officer, Sharifah Zarina menjelaskan tentang perlindungan Takaful, apa yang dilindungi dan bagaimana orang ramai boleh menjalani kehidupan dengan hati yang tenang apabila adanya perlindungan Takaful.

 

Perbualan ini juga menerangkan tentang fungsi FWD Takaful dan juga kelebihan memiliki Takaful.

Menarik sungguh tips yang diberikan! Adakah anda mempunyai idea-idea bernas yang lain?

Kongsikan bersama pada Padlet di bawah.
Klik pada butang + pada setiap ruangan soalan untuk kongsikan idea anda!

Alex dan Jess merupakan seorang Video Blogger. Dalam episod ini, Pengurus mereka terpaksa menarik balik kemudahan rumah sewa mereka di mana mereka berdua gunakan untuk merakam video. Sertai simulasi ini untuk memahami dan bantu mereka menguruskan kewangan mereka!

Antara perkara yang penting apabila kita sudah mula dewasa adalah memikirkan kaedah bayaran yang berbeza. Dengan ini juga, kita perlu mengenali ancaman yang bakal dihadapi di alam perbankan.

Wang tunai adalah kaedah yang asas untuk melakukan bayaran. Terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan seperti kad debit atau kad kredit, cek serta bayaran dalam talian atau online banking. Pengetahuan ini amat penting supaya kaedah bayaran yang paling sesuai boleh digunakan.

Kes penipuan di alam perbankan bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Namun begitu, kita harus sentiasa berwaspada terutamanya kerana kehidupan kita kini pada era digital di mana perbankan dalam talian adalah perkara biasa dan aktiviti dalam talian sering dijadikan sasaran untuk melakukan penipuan dengan objektif pencurian duit atau aset.

Gunakan kalkulator mudah ini untuk melihat jumlah pertumbuhan wang yang berjaya dikumpulkan jika anda mulakan tabung persaraan anda sekarang! Bukakan lensa masa hadapan dan bayangkan kehidupan anda apabila sudah memasuki era persaraan nanti.

Pelajari cara-cara menggunakan perkhidmatan atas talian dengan selamat.

Adakah anda mempunyai idea yang menarik untuk meningkatkan tahap celik kewangan generasi muda kita di Malaysia?