Murid: 10- 12 Tahun

Anda rasa menabung itu susah?

Jom tonton video di bawah untuk lihat tips menyimpan wang simpanan dengan mudah!

Nilai mata wang negara Malaysia adalah Ringgit Malaysia. Negara Eropah pula menggunakan nilai mata wang Euro, manakala negara Amerika Syarikat menggunakan Dollar. Apakah rupa bentuk nilai mata wang semua ini?

Apakah antara barang keperluan di rumah? Klik pada gambar keluarga Hana untuk mula!

Peta Wang Dunia

Mari meneroka negara lain untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang konsep kewangan di seluruh dunia.

Contohhya, adakah anda mengetahui bahawa penduduk di Eropah dan Amerika Syarikat tidak menggunakan Ringgit Malaysia? Bagaimana pula dengan penduduk di Jepun dan Korea Selatan?

Terdapat beberapa jenis nilai mata wang yang wujud di dalam dunia ini dan mereka mempunyai simbol mata wang yang tersendiri. Marilah mempelajari tentang simbol-matawang dan nilainya yang berbeza di seluruh dunia!

Made with Padlet

Tip tambahan: Gerakkan peta di atas dan klik pada setiap butang lokasi yang diberikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang duit yang digunakan di negara tersebut.

Penafian: Nilai mata wang yang ditunjukkan adalah berdasarkan daripada nilai pertukaran mata wang pada April 2020, dan mungkin telah berubah berdasarkan waktu.

Kak Lisa dan Abang Daniel telah mula menabung sejak kecil lagi tetapi ada di antara mereka yang kuat berbelanja juga. Adakah mereka akan mengalami masa hadapan yang sama dari segi kewangan? 

Insurans? Takaful? Bank Negara Malaysia? Apa pula nilai mata wang yang berbeza? 

 

Jom pelajari perkataan baharu berkonsep kewangan dan luaskan perbendaharaan kata anda! Anda juga boleh menggunakannya untuk mengajar rakan-rakan di sekolah nanti!

Bantulah Leo mengira wang simpanannya 

Antara cara yang mudah untuk mengira wang simpanan adalah dengan menggunakan jaduan perbelanjaan. Bantulah Leo dengan mempelajari cara untuk membaca jadual perbelanjaannya. Anda juga boleh membina jadual perbelanjaan sendiri!

 

Klik pada gambar di bawah untuk bermula!

Proses mengumpul wang simpanan, biasanya akan terasa seperti maraton bukan pelarian pecut.
Jangka masa yang panjang tetapi sangat berbaloi.

Adakah anda mempunyai idea yang menarik untuk meningkatkan tahap celik kewangan generasi muda kita di Malaysia?

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!