Ibu Bapa: 10 – 12 Tahun

Tips!

Selitkan didikan kewangan dalam aktiviti seharian.

Anda sendiri perlu menunjukkan tabiat kewangan yang baik.

Anak anda akan mula mengikuti apa yang anda lakukan, bukan sahaja apa yang anda katakan.

Kemahiran Utama

Yang Perlu Dipupuk Di Usia Ini

1

Yakin membuat bayaran dengan wang tunai.

2

Memulakan tabung simpanan untuk gol jangka masa sederhana.

3

Menghargai nilai wang dan usaha yang diperlukan untuk meraih pendapatan.

Aktiviti Mudah

1

Berikan anak anda peluang membuat bayaran di kedai

Bantu mereka untuk mengira jumlah wang bayaran dan baki yang tepat.

Kemudian, galakkan mereka membuat bayaran untuk barangan dan makanan mereka sendiri.

2

Sediakan 2 bekas lutsinar sebagai tabung simpanan

Khususkan tabung-tabung tersebut untuk "Simpanan" bagi barangan jangka masa panjang (contohnya: basikal) dan tabung "Perbelanjaan" untuk barangan kecil (contohnya: snek atau alat tulis yang mereka hilangkan di sekolah).

3

Kongsikan tabiat kewangan yang baik

Bincangkan bagaimana kita tidak semestinya perlu membeli sewaktu jualan promosi seperti Jualan 10.10 dan 11.11.

Terangkan bagaimana lebih banyak duit yang kita belanjakan, maka lebih banyaklah masa dan tenaga yang perlu dihabiskan bekerja.

Ada Masa Ekstra?

1

Ajak mereka menyertai anda melakukan urusan di bank

Terangkan tentang kepentingan menyimpan wang secara selamat di bank.

Bantu mereka membuka akaun simpanan sendiri dan mula menyimpan wang simpanan mereka.

2

Belajar membuat perbandingan barangan

Bandingkan harga dan ciri-ciri barangan yang sama tetapi berlainan jenama atau bandingkan perbezaan harga di dua kedai berbeza bagi barangan yang sama.

Gunakan Aktiviti "Senarai Barang di Pasaraya" di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 10-12 tahun) sebagai inspirasi.

3

Bermain permainan berkonsepkan kewangan

Gunakan masa terluang untuk bermain permainan berdasarkan kewangan seperti Jutaria dan Monopoli untuk memupuk kefahaman tentang pengurusan kewangan.

4

Perkasakan kemahiran hidup anak anda

Pemerkasaan kemahiran-kemahiran hidup yang diminati oleh anak anda seperti memasak, melukis, menjahit dan sebagainya dapat membantu menjana pendapatan kelak.

5

Amalkan gaya hidup sihat

Gaya hidup kurang sihat boleh memberi kesan negatif yang besar ke atas kedudukan kewangan keluarga kita.

Penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya memerlukan rawatan jangka masa panjang yang mungkin berkos tinggi.

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!