Pertandingan Inovasi Kewangan

Fun(d) for Life 2021



Apa itu kebebasan kewangan dan bagaimana cara untuk mencapainya?



Belajar

Murid akan diajar untuk menguasai kemahiran kewangan, diberi peluang untuk mempraktikkan kerja berpasukan dan komunikasi secara berkesan.

Bersedia

Murid akan didedahkan kepada cara mengurus risiko, membuat jangkaan kepada perkara yang tidak dijangka, dan bersedia untuk berusaha bagi menjamin masa depan yang cerah dalam kehidupan peribadi dan profesional.

Memperkasa

Murid memberanikan diri untuk menjalin hubungan, belajar dan tunjuk ajar dengan rakan sebaya dan pakar dalam bidang kewangan, dan praktikkan sifat empati bersama komuniti mereka.

Penyertaan telah ditutup! 

 

Pengumuman 20 Pasukan yang akan mara ke 

Peringkat Akhir akan diumumkan 

pada 15 September 2021.

Hasil Pertandingan Inovasi Kewangan

Objektif Pertandingan Inovasi Kewangan Fun(d) for Life 2021  adalah untuk membina keupayaan murid dalam menjalin hubungan yang baik dengan wang, dan mencabar kreativiti dan inovasi murid dalam proses mencipta pelan kewangan masing-masing. 

Personaliti Kewangan dan Matlamat

Hidup yang Jelas dan Kukuh

Setiap orang mempunyai personaliti kewangan tersendiri yang akan menentukan strategi dalam mencapai matlamat kewangan mereka.

Cara untuk Membajet dengan Efektif

Konsep membajet adalah kaedah mudah dan berkesan untuk memastikan anda tahu ke mana wang anda pergi dan apa yang harus dilakukan apabila anda berbelanja dengan terlalu banyak.

Rancangan Perlindungan yang Betul

Terdapat banyak alat dan kaedah untuk membuat rancangan perlindungan yang baik yang akan diperkenalkan.

 

Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”, melindungi kekayaan anda adalah langkah penting dalam mencapai kebebasan kewangan. 

Pelan Kewangan yang Menyeluruh

Gabungan semua komponen pengetahuan dan kemahiran  kewangan adalah hasil rancangan kewangan yang menyeluruh bersama dengan strategi pemikiran yang inovatif untuk pastikan rancangan kewangan dipatuhi dengan cermat. 

Perjalanan Murid

16 Ogos Pemilihan
9 September Pemilihan
15 September Pemilihan
17 September - 16 Oktober Peringkat Akhir
23 Oktober Peringkat Akhir

Jadual Program

Berikut adalah kalendar keseluruhan program. Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting program.

Tawaran Hadiah 

berpasukan bernilai

RM5,000

RM3,000

RM2,000

Sijil Pencapaian Sekolah Penyertaan Murid Paling Ramai

Maklumat Lanjut

Terma & Syarat

 

Rubrik Pemarkahan

 

Pengalaman Murid

 

Surat Sokongan Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga

Tips Tambahan

Cara untuk Mendaftar

Tawaran Hadiah

Strategi Menjawab Kuiz

Strategi Penghasilan Video

Soalan Lazim

Pertandingan Inovasi Kewangan Fun(d) for Life (PIK FFL) adalah kem dan pertandingan inovasi yang akan berlangsung selama 5 minggu, bermula daripada bulan September hingga Oktober. 

 

Program ini bertujuan untuk mengajar dan mencabar anak muda untuk berfikir secara kritis tentang pengurusan wang.

Pertandingan ini terbuka kepada murid tingkatan 3 dan 4 yang berminat dan bersemangat untuk belajar tentang ilmu pengurusan wang. Murid boleh sertai secara individu atau berpasukan. Jika secara individu, murid akan diletakkan dalam pasukan secara rawak.

Klik sini untuk lihat perjalanan murid.

Pertandingan ini akan dijalankan dalam dwibahasa iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kuiz, bengkel dalam talian dan kerja projek akan disediakan dalam dua bahasa tersebut.

Pertandingan Inovasi Kewangan Fun(d) for Life dianjurkan oleh FWD Takaful dengan kerjasama Arus Academy dan Kalsom Movement.

Dengan penyertaan dalam Pertandingan Inovasi Kewangan Fun(d) for Life, peserta akan:

  1. Memahami personaliti kewangan diri masing-masing.
  2. Diperkenalkan kepada pelbagai jenis instrumen kewangan yang sedia ada di Malaysia.
  3. Diberi peluang untuk kongsikan cara pengurusan kewangan yang kreatif dan inovatif.
  4. Dicabar untuk memikirkan strategi terbaik dalam konteks pengurusan kewangan.
  5. Mendapat sokongan daripada mentor yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang kewangan.
  6. Mendapat Sijil Pencapaian dan markah PAJSK.
  7. Berpeluang memenangi jumlah hadiah bernilai RM10,000!

Untuk maju ke peringkat akhir, murid perlu mengumpul sebanyak 80 markah dengan cara mendaftarkan diri atau pasukan, menjawab kuiz kelayakan, dan menghasilkan 1 video iaitu video individu atau video pasukan.

Pasukan murid yang mendapat antara markah yang tertinggi secara keseluruhan akan maara ke peringkat akhir.

Murid boleh rujuk pada rubrik pemarkahan untuk dapatkan maklumat lanjut.

Ya! 3 pasukan terbaik akan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai Rm5,000, RM3,000 dan RM2,000!

Tarikh penting program boleh didapati pada kalendar berikut.

 

Pertandingan ini akan dijalankan melalui 3 aplikasi iaitu:

1. Zoom

2. Canvas LMS

3. Google Forms

Hasil kerja akan difokuskan pada yang berikut, tetapi tidak terhad kepada:

1. Matlamat kewangan yang jelas dan realistik (SMART Goals)

2. Bajet kewangan mengikut perbelanjaan masing-masing.

3. Rancangan perlindungan mengikut keperluan.

4. Pelan kewangan yang lengkap dan komprehensif.

Anda boleh hubungi Cik Nalissa Asri melalui e-mel nalissa.asri@arusacademy.org.my atau pada 0122036005.

Penyertaan telah ditutup! 


Pengumuman 20 Pasukan yang akan mara ke 

Peringkat Akhir akan diumumkan 

pada 15 September 2021.

Dengan kerjasama:

Sertai Telegram Kelab Celik Wang: