Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Bulan Literasi Kewangan Malaysia (Financial Literacy Month – FLM 2021) yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2021.
Β
Bulan Literasi Kewangan Malaysia merupakan sebuah kempen di peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Β
Ia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) atau Jaringan Pendidikan Kewangan yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Β
Untuk murid 7-18 tahun:
Kuiz Kewangan Kecil-Kecil, Celik Duit kembali lagi! Jawab soalan-soalan baru berdasarkan siri video kewangan yang dihoskan Zara, 10 tahun dalam ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai hingga RM500.
Sebuah Pertandingan berkongsi tips kewangan Fun(d) for Life kegemaran anda di TikTok. Hadiah wang tunai menanti perkongsian video paling menarik!
Untuk guru:
Sertai kuiz kewangan Kisah Pasal Duit berdasarkan siri 10 video Kisah Pasal Duit. 1 hari 1 video, 10 soalan. Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,800.
Β
Kuiz akan berlangsung dari 10 – 20 Oktober, tapi anda sudah boleh mula menonton video-video Kisah Pasal Duit sekarang.
Saksikan siapakah bakal dinobatkan Anugerah Guru Celik Wang yang bakal menerima geran sehingga RM10,000 untuk melaksanakan Projek Fun(d) for Life mereka?Β Β
Untuk guru:
Kuasai literasi kewangan untuk diri sendiri dan generasi masa depan dengan menyertai kursus Guru Celik Kewangan dengan integrasi bilik darjah yang pertama di Malaysia!
Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami, tanyakan soalan pada pakar dan bincangkan tips keluarga bijak wang kegemaran anda bersama ibubapa lain pada 30 Oktober (Sabtu), jam 10-11 pagi melalui Zoom.Β Cabutan bertuah menanti!
Webinar Keluarga Bijak Wang sempena Bulan Literasi Kewangan 2021
π¨βπ©βπ§βπ¦ Jom sertai Webinar Keluarga Bijak Wang pada hari Sabtu ini jam 10 pagi-11 pagi. Ia dibawakan secara 100% percuma oleh FWD Takaful & Arus Academy di bawah program pendidikan kewangan Fun(d) for Life.
Β
π¨βπ©βπ§βπ¦ Pelajari info & tips-tips untuk membina keluarga & anak bijak wang seawal 3 tahun dan mengikut kategori umur berbeza, dari 3 panelis berpengalaman.
Β
π° Hadiah wang tunai juga menanti penonton bertuah di Youtube!
Β
π€³π½ Daftarkan minat anda di sini: https://arus.cc/IbubapaFLM
Β
π² Tonton secara LIVE di laman ini atau melalui Youtube pada hari Sabtu ini.
Β
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.