Fun(d) for Life sempena
Bulan Literasi Kewangan Malaysia

Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Bulan Literasi Kewangan Malaysia (Financial Literacy Month – FLM 2021) yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2021.

 

Bulan Literasi Kewangan Malaysia merupakan sebuah kempen di peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

 

Ia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) atau Jaringan Pendidikan Kewangan yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Untuk murid 7-18 tahun:

Kuiz Kewangan ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ versi 2

Kuiz Kewangan Kecil-Kecil, Celik Duit kembali lagi! Jawab soalan-soalan baru berdasarkan siri video kewangan yang dihoskan Zara, 10 tahun dalam ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai hingga RM500.

Untuk murid 14-18 tahun:

Pertandingan TikTok Tips Fun(d) for Life

Sebuah Pertandingan berkongsi tips kewangan Fun(d) for Life kegemaran anda di TikTok. Hadiah wang tunai menanti perkongsian video paling menarik!

Untuk guru:

Kuiz Guru Kisah Pasal Duit

Sertai kuiz kewangan Kisah Pasal Duit berdasarkan siri 10 video Kisah Pasal Duit. 1 hari 1 video, 10 soalan. Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,800.

 

Kuiz akan berlangsung dari 10 – 20 Oktober, tapi anda sudah boleh mula menonton video-video Kisah Pasal Duit sekarang.

Untuk guru:

Anugerah Guru Celik Wang @ Impian Celik Kewangan

Saksikan siapakah bakal dinobatkan Anugerah Guru Celik Wang yang bakal menerima geran sehingga RM10,000 untuk melaksanakan Projek Fun(d) for Life mereka?  

Untuk guru:

Kursus Guru Celik Kewangan

Kuasai literasi kewangan untuk diri sendiri dan generasi masa depan dengan menyertai kursus Guru Celik Kewangan dengan integrasi bilik darjah yang pertama di Malaysia!

Untuk ibubapa:

Webinar Keluarga Bijak Wang

Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami, tanyakan soalan pada pakar dan bincangkan tips keluarga bijak wang kegemaran anda bersama ibubapa lain pada 30 Oktober (Sabtu), jam 10-11 pagi melalui Zoom.  Cabutan bertuah menanti!

Terima kasih kami ucapkan kepada FWD Takaful Financial Education Network (FEN) Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia AKPK Media atas sokongan anda terhadap semua aktiviti Fun(d) for Life sepanjang Bulan Literasi Kewangan Malaysia 2021!