LAMAN UTAMA > Ibu Bapa > Ibu Bapa: 13 – 15 Tahun
Pengaruh rakan sebaya amat kuat di peringkat usia ini. |
|
Kini, mereka tidak hanya ingin mendengari nasihat anda, tetapi mereka juga perlu rasa seperti kemahuan dan pendapat mereka turut didengari oleh anda. |
Menyedari kepentingan pendidikan kewangan dan tabiat kewangan yang baik untuk masa hadapan mereka sendiri.
Memulakan tabung simpanan untuk gol jangka masa panjang.
Memulakan kategori simpanan berbeza untuk keperluan berbeza.
Kongsikan kisah tabiat kewangan yang buruk (contohnya, keluarga yang hilang tempat tinggal kerana tidak mempunyai simpanan kecemasan) dan gunakannya sebagai teladan.
Bincangkan bersama cara untuk mengelakkan perkara sama terjadi kepada ahli keluarga anda.
Bantu mereka untuk menetapkan dan merancang gol kewangan jangka masa panjang.
Kongsikan bagaimana anda merancang gol kewangan jangka masa panjang anda (contohnya, yuran sekolah yang perlu disediakan beberapa bulan sebelum sekolah bermula).
Kongsikan kategori wang simpanan anda yang berbeza (contohnya, kereta, rumah, bil, makanan) supaya anak anda juga akan mula mempelbagaikan kategori wang simpanan mereka untuk keperluan berbeza.
Bincangkan tabiat ikon-ikon yang berjaya dari segi kewangan.
Galakkan anak anda untuk mengamalkan tabiat sama, antaranya bersedia bekerja keras, tidak takut gagal dan sentiasa ingin memperbaiki diri.
Galakkan anak anda untuk mula menjana pendapatan sendiri melalui bisnes kecil-kecilan.
Satu contoh adalah menjual kek kepada kenalan, keluarga atau secara atas talian.
Bantu mereka memahami keutamaan keperluan seperti simpanan untuk kecemasan berbanding kehendak seperti kasut berjenama baru dek pengaruh rakan.
Baca artikel "Situasi Luar Jangkaan" di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 13-15 tahun) untuk membantu mereka lebih bersedia menghadapi situasi-situasi luar jangkaan.
Kongsikan tentang perlindungan insurans dan takaful yang dapat membantu anda di kala situasi-situasi tidak dijangka.
Menderma kepada sesiapa yang memerlukan sama ada anak yatim piatu atau persatuan penjagaan haiwan adalah tabiat yang mulia.
Keazaman untuk mencapai matlamat yang mencabar adalah lebih kuat sekiranya anak anda mempunyai niat untuk memperbaiki kehidupan pihak lain.
Sekali-sekala, bawalah anak anda ke kawasan perbandaran yang lebih eksklusif atau mahal. Ini dapat memberikan mereka motivasi untuk memulakan tabiat kewangan yang baik demi kualiti hidup yang lebih baik pada masa hadapan.
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.