Fun(d) for Life sempena
Minggu Kewangan Global
Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Minggu Kewangan Global yang lebih dikenali sebagai ‘Global Money Week’, yang akan berlangsung sepanjang 22 – 28 Mac 2021.
Global Money Week merupakan sebuah kempen di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan anak muda seluruh dunia.
Ia dianjurkan oleh OECD International Network on Financial Education dan segala inisiatif Global Money Week di peringkat Malaysia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Untuk murid 7-18 tahun:
Kuiz Kewangan ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’
Jawab soalan-soalan berdasarkan siri video ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai hingga RM500.
Sertai kuiz kewangan ‘KECIL-KECIL, CELIK DUIT’
Untuk murid 13-16 tahun:
Cabaran Fun(d) for Life
Sebuah Cabaran membina aplikasi telefon pintar untuk membantu pengguna mendapatkan akses kepada perkhidmatan kewangan dan Takaful. Jumlah hadiah RM1,800 menanti aplikasi terbaik!
Untuk ibubapa:
Kempen Keluarga Bijak Wang
Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami dan kongsikan tips kegemaran anda. Perkongsian terbaik bakal memenangi RM500 tunai.
SERTAI KEMPEN KELUARGA BIJAK WANG
Untuk guru:
Demo Kelas Celik Kewangan
Saksikan demonstrasi integrasi pendidikan kewangan dalam bilik darjah secara live. 40 guru bertuah berpeluang memenangi kelengkapan studio mini.
SAKSIKAN DEMO KELAS CELIK KEWANGAN
DI RUANGAN SETERUSNYA
Demo Kelas Celik Kewangan
CK 1: Wang & Sumber – 22 Mac (Isnin), 3.00PM-4.00PM
CK 2: Scam Kewangan
23 Mac (Selasa), 3PM
CK 4: Simpanan & Pelaburan
24 Mac (Rabu), 3PM
CK 5: Kredit & Hutang
25 Mac (Khamis), 3PM
CK 6: Risiko & Perlindungan
26th Mac (Jumaat), 3PM
Saksikan Acara Penutup Fun(d) for Life bagi Global Money Week
Ahad, 28 Mac jam 11 pagi – 12 tengahari secara LIVE khas di ruangan ini
Kak Lisa dari Fun(d) for Life akan berkongsi highlight sepanjang minggu ini dan menemubual beberapa orang individu seperti Zara selaku hos ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’, guru dan ibubapa secara LIVE.
Kak Lisa juga akan borak secara santai bersama remaja dari 4 negara tentang topik wang.
Kata pun GLOBAL Money Week kan?
Pemenang-pemenang bagi SEMUA aktiviti sepanjang Global Money Week juga akan diumumkan sewaktu rancangan secara live ini.
Sediakan popcorn anda, ajak rakan-rakan, katakan hai kepada peserta lain aktiviti Global Money Week di ruangan chat dan jom saksikan bersama!