Kak Lisa dari Fun(d) for Life akan berkongsi highlight sepanjang minggu ini dan menemubual beberapa orang individu seperti Zara selaku hos ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’, guru dan ibubapa secara LIVE.
Kak Lisa juga akan borak secara santai bersama remaja dari 4 negara tentang topik wang.
Kata pun GLOBAL Money Week kan?
Pemenang-pemenang bagi SEMUA aktiviti sepanjang Global Money Week juga akan diumumkan sewaktu rancangan secara live ini.
Sediakan popcorn anda, ajak rakan-rakan, katakan hai kepada peserta lain aktiviti Global Money Week di ruangan chat dan jom saksikan bersama!