Main: Keperluan di Rumah

Baca teks di bawah kemudian gunakan aktiviti hangman untuk menentukan keperluan di rumah.

Sarapan di Rumah

Pada waktu pagi, ibu bapa Hana pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan di rumah.

 

Bapa Hana menghidupkan suis elektrik untuk menyalakan lampu di dapur.

 

Ibu Hana mula menyediakan air teh panas.

 

Ibu Hana memerlukan bekalan air bersih, satu uncang teh dan dua sudu gula untuk menyediakan air teh.

 

Bapa Hana pula menyediakan hidangan nasi goreng.

 

Dia memerlukan minyak masak, nasi putih, beberapa hiris bawang, ayam, sayur dan secubit garam.

 

Hana amat menggemarkan hidangan minuman air teh dan nasi goreng ini.

Lengkapkan aktiviti hangman di bawah. Fikirkan tentang keperluan rumah yang digunakan di rumah Hana!

1) Isikan tempat kosong dengan huruf kepada ayat yang perlu diteka dan klik pada tanda betul berwarna hijau. Jika jawapan anda betul, teruskan meneka huruf yang lain.

 

2) Klik pada ikon lampu untuk dapatkan petunjuk kepada ayat yang perlu diteka.