Murid: 7 – 9 Tahun


Di usia ini, berikut merupakan antara kemahiran kewangan  utama yang patut dipupuk:

  • Dapat membezakan antara keperluan dan kehendak
  • Dapat mengenali dan mengira mata wang Malaysia
  • Menyedari manfaat mempunyai wang simpanan

Tonton video di bawah untuk membantu anda bermain aktiviti yang telah disediakan!

Keperluan vs. Kehendak

Membezakan antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ merupakan langkah penting dalam pengurusan kewangan. Tak kira lah jika anda berumur 7 atau 50 tahun sekalipun. Kalau tak, duit yang kita simpan tak akan pernah cukup!

Jom lihat perbezaan Keperluan (Needs) & Kehendak (Wants)

dan pelajari apa kebaikan mempunyai bajet dengan Kak Lisa!

Fikirkan: Apakah 3 barang ‘keperluan’ dan 3 barang ‘kehendak’ anda?

Adakah anda mempunyai idea yang menarik untuk meningkatkan tahap celik kewangan generasi muda kita di Malaysia?