Belajar: 4 Tips Kewangan Mudah

“Hmm.. macam mana nak elakkan berbelanja dengan lebih?”

Gunakan 4 tips kewangan di bawah untuk bantu menguruskan perbelanjaan anda!

Tip 1:
Tetapkan gol kewangan anda!

Samada anda ingin mempunyai wang yang cukup untuk membeli aiskrim atau basikal, kita perlu mulakan usaha kita dengan menetapkan matlamat kita.

Tip 2:
Catat perbelanjaan anda!

Mulakan tabiat mencatat rekod duit masuk dan duit keluar dari sekarang. Ini merupakan tabiat penting yang berguna untuk kanak-kanak dan dewasa.

Tip 3: 
Menyediakan tabung simpanan!

Cari bekas kosong yang lutsinar untuk dijadikan tabung. Pasti rasa seronok dan membakar semangat menyimpan kalau kita boleh nampak isi tabung yang makin penuh hari demi hari!

Tip 4:
Sentiasa utamakan keperluan!

Bezakan barang keperluan dan kehendak. Kita perlu selalu utamakan keperluan dahulu. Ada duit lebih selepas semua keperluan dah ada? Barulah boleh beli barang-barang kehendak.

Made with Padlet
Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!