Kak Lisa berumur 28 tahun dan dia seorang yang bijak menguruskan status kewangannya. Dia telah berjaya menanamkan sifat menabung sejak kecil lagi kerana dia sering memikirkan tentang ketidaktentuan masa hadapan.
Abang Daniel juga berumur 28 tahun. Dia mempunyai akaun simpanan tetapi dia jarang menggunakannya kerana duitnya dihabiskan dengan membeli gajet baharu pada setiap bulan. Apabila ditanya tentang masa hadapan, dia sentiasa berfikiran positif tetapi ada juga kelihatan gelisah.