Kepentingan Literasi Kewangan

Keyakinan dan keupayaan untuk menguruskan kewangan ialah ciri hidup yang sangat diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan kualiti kehidupan yang baik.

 

Mereka yang celik kewangan dapat membuat keputusan kewangan secara bijak pada setiap peringkat kehidupan ke arah peningkatan taraf hidup masing-masing.

– dipetik daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2019-2023

Mencapai Kebebasan Kewangan

Memperolehi kebebasan kewangan perlu menjadi impian setiap individu. Jom lihat 3 langkah untuk mencapai kebebasan kewangan:

01

Pendidikan Kewangan

Langkah pertama untuk mencapai kebebasan kewangan adalah dengan meningkatkan pemahaman dan kemahiran untuk membuat keputusan kewangan terbaik.

02

Literasi Kewangan

Langkah kedua adalah memperkasakan diri dengan kesedaran, ilmu, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

03

Kesejahteraan Kewangan

Kita mencapai langkah ketiga apabila kita menjalani kehidupan yang bermakna, selesa dan stabil, bebas daripada kebimbangan kewangan dan berupaya menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka tanpa mengalami beban kewangan.

Sumber: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2019-2023

Apakah pentingnya kebebasan kewangan?

6 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat berkongsi “Literasi dan kebebasan kewangan penting pada saya kerana…..”

Apakah pula kepentingan kebebasan kewangan dan literasi kewangan pada anda?

1. Klik pada butang ‘+’ untuk berkongsi jawapan baru.
2. Anda juga boleh menambah gambar, lukisan pada jawapan anda.
3. Setelah selesai dengan jawapan anda, klik pada mana-mana bahagian di luar kotak jawapan anda

Made with Padlet

Bagaimanakah Sustainable Development Goals berkait dengan literasi kewangan?

Sekiranya anda memperbaiki tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan anda, anda akan turut menyumbang ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).

 

Bayangkan perubahan besar yang dapat dicapai sekiranya anda bermula dengan menguasai kewangan anda sendiri!

SDG 1:

Tiada Kemiskinan

Tahap pengetahuan kewangan sesebuah masyarakat merupakan permulaan untuk menamatkan kemiskinan dan membina sistem kewangan yang inklusif.

SDG 2:

Sifar Kelaparan

Perkembangan ekonomi negara ekoran kewangan individu yang kukuh adalah langkah penting untuk menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan.

SDG 3:

Kesihatan Baik & Sejahtera

Pengurusan kewangan yang baik merupakan langkah permulaan ke arah hidup yang lebih selesa, di mana anda dapat memberi lebih banyak perhatian pada tabiat hidup yang sihat dan sejahtera dan mendapat perlindungan yang diperlukan.

SDG 4:

Pendidikan Berkualiti Tinggi

Kedudukan kewangan yang kukuh bagi masyarakat dapat menjamin pendidikan menyeluruh serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.

SDG 5:

Kesaksamaan Jantina

Kesaksamaann gender dan inisiatif yang menguatkan semua wanita adalah sinonim dengan negara yang mempunyai keadaan ekonomi yang lebih kukuh

SDG 6:

Air Bersih dan Sanitasi

Pengurusan kewangan yang kukuh di kalangan individu seterusnya dapat memastikan negara mencapai dan mengurus sumber air dengan mampan dan menyediakan sanitasi kepada semua.

SDG 8:

Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi

Tahap celik kewangan seseorang individu membina masyarakat yang dapat mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan yang bermaruah dan produktif untuk semua.

SDG 10: 

Mengurangkan Ketidaksamaan

Individu dan masyarakat yang menguasai kewangan secara menyeluruh dapat mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan sesama negara.