Kem Fun(d) for Life 2020 telah diadakan di PPR Sg. Bonus, Kuala Lumpur pada 25 – 27 September, 2020
Selain kemahiran pengurusan kewangan, antara hasil pembelajaran lain dalam Kem Fun(d) for Life 2020 adalah untuk mengasah kemahiran penceritaan berimpak para peserta.
Dalam jangka masa kurang dari 24 jam, para peserta digandingkan dengan beberapa videografer muda dan berbakat untuk mencipta dan menyampaikan kisah penuh impak berkait dengan pengurusan kewangan dan kesedaran takaful. Saksikan hasil video mereka!
Kem Fun(d) for Life pada 2020 telah diadakan secara virtual (dalam talian) buat pertama kalinya sepanjang bulan September 2020
60 murid terpilih akan maju ke kem simulasi digital atas talian yang interaktif selama 4 minggu. Disini murid akan diperkenalkan kepada literasi kewangan dan kepentingan Takaful.
Murid akan menjalani simulasi atas talian. Mereka akan berkomunikasi bersama fasilitator dan rakan sekumpulan melalui Telegram dan Zoom. Murid juga akan menjalankan tugasan di dalam Classcraft.
Murid akan menghasilkan aplikasi sendiri menggunakan Thunkable. Aplikasi tersebut adalah berkaitan literasi kewangan dan pengetahuan Takaful.
Menguruskan kewangan dengan baik
Mendapatkan perlindungan kewangan
Membuat keputusan perbelanjaan yang bijak
Membina app yang berfungsi
Berminat untuk menjalankan kem ini di sekolah anda pada masa akan datang?
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.