Program Kejar Impian adalah program bimbingan yang direka khas untuk membantu pelajar 14 – 18 tahun seluruh Malaysia mencapai impian kerjaya mereka.
Kami percaya bahawa setiap pelajar mampu mencapai cita-cita mereka sekiranya mereka didedahkan kepada kerjaya inspirasi, dibantu dengan kemahiran yang diperlukan dan mempelajari kaedah merancang impian yang betul.
Melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna serta bimbingan mentor, setiap pelajar diberi peluang untuk meneroka potensi diri berdasarkan minat, kemahiran abad ke-21 dan literasi kewangan ke arah mencapai impian serta meningkatkan tahap kehidupan.