Ibu Bapa: 7 – 9 Tahun

Tips!

Lakukan aktiviti bersama yang ringkas dan seronok.

Fokuskan didikan kewangan melalui visual atau aktiviti.

Kurangkan terlalu banyak mengajar melalui kata-kata.

Kemahiran Utama

Yang Perlu Dipupuk Di Usia Ini

1

Dapat mengenali dan mengira mata wang Malaysia.

2

Dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

3

Menyedari manfaat mempunyai wang simpanan.

Aktiviti Mudah

1

Ajar beza semua jenis wang kertas & syiling Malaysia

Gunakan aktiviti "Kenali Duit Malaysia” kami sebagai inspirasi.

2

Galakkan tabiat menabung

Galakkan anak anda menyimpan baki daripada wang saku harian atau duit raya.

Gunakan tabung lutsinar untuk membantu melihat pertambahannya supaya dapat membakar semangat menabung anak anda.

3

Ajar beza antara keperluan & kehendak

Pilih 10 barang sedia ada yang ada di dalam rumah.

Minta anak anda untuk bahagikan barang-barang tersebut kepada kategori keperluan dan kehendak dan bincangkan pilihannya.

Ada Masa Ekstra?

1

Libatkan anak anda semasa membeli barang keperluan

Terangkan apa yang perlu anda lakukan apabila tiba di kaunter pembayaran.

Sebaiknya, gunakan wang tunai dan bukannya kad kredit atau debit supaya mereka boleh mengenali nilai wang.

2

Latih anak anda membeli barangan di kedai atau restoran

Beri peluang anak anda memilih sesuatu barangan yang tidak bernilai tinggi di kedai atau restoran.

Minta mereka membuat bayaran untuk barangan tersebut menggunakan wang kecil (RM1-RM5).

3

Bermain "Pasaraya Mama & Anak”

Pilih mainan di sekitar rumah anda dan letak "tanda harga” di atasnya.

Ambil giliran untuk menjadi "pemilik kedai” atau "pelanggan”.

Beri peluang untuk mereka berlatih membuat pengiraan harga yang betul sama ada sebagai pemilik kedai atau pelanggan.

4

Mulakan tabung simpanan lutsinar untuk diri anda sendiri

Kanak-kanak di usia ini lebih senang mengikut apa yang kita lakukan berbanding dengan apa yang kita katakan.

5

Tonton video "Perbezaan Keperluan & Kehendak"

Tonton video ini bersama-sama di Portal Fun(d) for Life (Kategori Murid > 7-9 tahun).

Kongsikan apakah antara keperluan dan kehendak bagi diri anda sendiri.