CK 2: Tanggungjawab Dan Membuat Keputusan Kewangan

Standard Kandungan Celik Kewangan

2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Pendidikan Islam

Tingkatan 4: Pelajaran 16 Muamalat Islam

 

Pendidikan Moral

Tingkatan 2: Bidang 4 Unit 12 Etika dan Undang-undang Siber Membantu Pembentukan Jati Diri

Tingkatan 4: Bidang 7 Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

D.a.iv Pembekal Perkhidmatan Kewangan

  • Tahu bahawa terdapat beberapa pembekal servis/kewangan menawarkan jenis produk yang sama
  • Memahami bagaimana untuk meneliti produk kewangan, termasuk menggunakan mekanisme perbandingan, jika ada

 

D.a.v Penipuan dan Pemalsuan

  • Sedar akan penipuan dan aktiviti kewangan palsu serta langkah yang boleh digunakan untuk melindungi diri daripada aktiviti penipuan dan palsu ini
  • Boleh menilai permintaan yang seolah-olah daripada syarikat kewangan, dan membuat keputusan sama ada permintaan tersebut adalah tulen atau berkemungkinan adalah penipuan

 

D.c.ii Pembekal Perkhidmatan Kewangan

  • Boleh membezakan di antara maklumat daripada pembekal kewangan dan bahan promosi am daripada pembekal yang sama [yang mana relevan]

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas dan rujukan tentang produk kewangan dan penipuan kewangan secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Produk Kewangan Islam vs Kewangan Konvensional 1.1

Produk Kewangan Islam vs Kewangan Konvensional 1.2

Mengenal pasti ‘Scam’

Aktiviti

Aktiviti 1: Membeli Belah Produk Kewangan

Standard Pembelajaran

CK2.2.3

Mengenal pasti sumber maklumat produk kewangan (contoh: dalam talian, media, dan bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap sumber maklumat tersebut 

Bahan

Internet, Pamplet, Video berkaitan produk produk kewangan

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan video dan pamplet pemasaran oleh institusi kewangan, atau minta pelajar bawa pamplet dari rumah sebelum sesi aktiviti dengan mendapatkannya di institusi-institusi kewangan berkaitan

 

2. Galakkan pelajar membuat pembentangan dalam cara tersendiri berpandukan kandungan melalui lembaran kerja 

Tindakan Murid

1. Secara berkumpulan, cari maklumat berkaitan akaun simpanan oleh bank


2. Cari maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bank melalui dalam talian, media dan bahan cetak


3. Catatkan maklumat dan pengalaman mendapatkan maklumat melalui setiap sumber pada lembaran kerja


4. Pilih sumber yang memberikan maklumat yang memuaskan


5. Bentangkan kepada kelas 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Persoalan Produk Kewangan

Pelajar menulis apa-apa soalan di keratan kertas berkaitan sama ada pemilihan produk kewangan atau penipuan kewangan untuk dijawab oleh rakan lain. Tuliskan juga nama sendiri di kertas tersebut

Imbas Kembali Bersama

Kaunseling Santai

Pelajar menulis respon atau memberi jawapan balas secara lisan kepada Persoalan Produk Kewangan yang diterima melalui keratan kertas cabutan secara rawak

Pasca-Pembelajaran

Penerokaan Maklumat – Bank Digital

Pelajar mendapatkan maklumat tentang bank digital, pelaksanaan, penerimaan konsep bank digital pada masa kini, potensi serta cabaran bank digital berbanding bank tradisional dan membuat catatan untuk dikongsi bersama rakan kelas

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 2 Sekolah Menengah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!