Jika anda seorang guru dan perlukan idea bagaimana nak melaksanakan aktiviti untuk membantu anak murid anda celik kewangan sejajar dengan panduan pelaksanaan pendidikan kewangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, cikgu boleh tonton 5 Demo Kelas Celik Kewangan kami di sini.
Ia merupakan demonstrasi integrasi pendidikan kewangan dalam bilik darjah di antara seorang guru dan 2 orang murid.
Kandungan yang diajar adalah berdasarkan Pek Aktiviti Celik Kewangan yang telah kami cipta khas untuk para guru laksanakan dalam bilik darjah.
Kem Fun(d) for Life pada 2020 telah diadakan secara virtual (dalam talian) buat pertama kalinya sepanjang bulan September 2020
60 murid terpilih akan maju ke kem simulasi digital atas talian yang interaktif selama 4 minggu. Disini murid akan diperkenalkan kepada literasi kewangan dan kepentingan Takaful.
Murid akan menjalani simulasi atas talian. Mereka akan berkomunikasi bersama fasilitator dan rakan sekumpulan melalui Telegram dan Zoom. Murid juga akan menjalankan tugasan di dalam Classcraft.
Murid akan menghasilkan aplikasi sendiri menggunakan Thunkable. Aplikasi tersebut adalah berkaitan literasi kewangan dan pengetahuan Takaful.
Menguruskan kewangan dengan baik
Mendapatkan perlindungan kewangan
Membuat keputusan perbelanjaan yang bijak
Membina app yang berfungsi
Berminat untuk menjalankan kem ini di sekolah anda pada masa akan datang?
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.