Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Bulan Literasi Kewangan Malaysia (Financial Literacy Month – FLM 2022) yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2022.
Β
Bulan Literasi Kewangan Malaysia merupakan sebuah kempen di peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Β
Ia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) atau Jaringan Pendidikan Kewangan yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Β
Untuk murid 7-18 tahun:
Kuiz Kewangan Kecil-Kecil, Celik Duit kembali lagi! Jawab soalan-soalan baru berdasarkan siri video kewangan yang dihoskan Zara, 10 tahun dalam ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai hingga RM500.
Mulakan Kursus Kewangan Pelajar Fun(d) for Life sepanjang Oktober bagi mempelajari asas kewangan dan/atau keusahawanan secara percuma, dan anda berpeluang memenangi cabutan bertuah!Β
Β
Β
Untuk guru:
Sertai kuiz kewangan Kisah Pasal Duit berdasarkan siri video Kisah Pasal Duit. Menawarkan hadiah wang tunai.
Kuiz akan berlangsung dari 10 – 20 Oktober, tapi anda sudah boleh mula menonton video-video Kisah Pasal Duit sekarang.
Pencarian pelan pengajaran, bahan bantu mengajar/aktiviti inovatif dengan integrasi elemen Celik Kewangan dibuka sekarang!
Β
Β
9 penyertaan terbaik berpeluang memenangi RM500 setiap seorang (3 kategori: sekolah rendah, sekolah menengah, IPT) dan mendapat tempat ke Lab Inovasi Guru Celik Kewangan dari 28-30 Oktober di Putrajaya!
Untuk guru:
Pencarian 5 abstrak Kajian Tindakan Pendidikan Kewangan terbaik untuk dibentang semasa Sidang Kemuncak Fun(d) for Life dari 28-30 Oktober di Putrajaya.
Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami dengan menonton webinar Keluarga Bijak Wang yang menampilkan Nafisah AmranΒ Β Β Β Β Β > Kongsikan tips #keluargabijakwang anda melalui media sosial dan tag Fun(d) for Life mulai 1-23 Oktober 2022
Untuk komuniti:
Kuasai literasi kewangan untuk diri sendiri melalui: (1) 1 hari 1 tip wang di Telegram Kelab Celik Wang danΒ (2) tonton siri Money Talk di Youtube, di mana sekumpulan anak muda membincangkan pendapat berbeza tentang pelbagai topik wang!
Untuk anak muda:
Siri Kecil-Kecil, Celik Duit
Untuk guru & murid:
Siri Video Kisah Pasal Duit
Untuk ibubapa:
Keluarga Bijak Wang
Untuk komuniti:
Siri ‘Money Talk’
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.