4 Cara Urus Wang Dengan Hebat!

Let’s start with…. 
130 Financial Memes ideas in 2021 | memes, financial, bones funny

 

 

Hahaha bestnya kalau betul kan?! Tapi hakikatnya, itu semua hanyalah mimpi Mat Jenin. Teringin nak kaya dan kumpul harta. Tapi, tak power urus duit. Hujung bulan asyik tak cukup je. So, bagaimana hendak mengurus kewangan dengan bijak? Macam mana nak control kita punya perbelanjaan harian, bulanan or even tahunan? Hmmm jom I kongsikan 4 cara senang untuk urus kita punya kewangan! Mana tahu bermanfaat untuk anda semua kan?

 

 

Cara Meminta Majikan Untuk Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN | Jobstore Careers Blog

 

 

  • Jangan Berbelanja Lebih Daripada Pendapatan Bulanan

 

Kalau gaji korang RM1,500 sebulan, jangan overspend! Buat senarai bajet dulu. Settlekan bayaran sewa rumah, bayar bil api dan air, bayar duit loan kereta dan asingkan 10% dari total gaji siap-siap. Kalau rasa macam tak realistik nak menyimpan 10% tu, mungkin korang boleh try cara downgrade lifestyle tu dulu. Mungkin boleh cuba pakai kereta yang lebih jimat contohnya Bezza atau Myvi. Viva pun ok! Selebihnya dari gaji u, baru korang pakai untuk duit kocek atau berbelanja barang keperluan dan kemahuan (asalkan yang berbaloi sahaja ya!)

 

Untuk yang baru start kerja, mungkin boleh beli kereta secondhand dulu. Atau, kalau duduk dekat KL ni, elok lah pakai motor je. Nak pergi kerja pun senang. Jalan asyik sesak je masa waktu puncak. Pastu, barulah akan ada lebihan untuk anda simpan! Sikit pun takpe, asalkan ada, untuk waktu-waktu kecemasan nanti. Malang kan tak berbau. Dengan cara ini, korang tak perlu susah-susah nak puasa bila hujung bulan. Selain tu, duit lebihan tadi korang boleh dijadikan sebagai backup plan jika berlaku situasi luar jangka. Sebab tu juga pentingnya untuk korang buat bajet. Ingat tu!

 

 

  • Jangan Berhutang Untuk Menarik Perhatian Orang Lain

 

Belanja setakat yang kita mampu sahaja. Janganlah disebabkan nak mengorat kawan perempuan dekat office sampai korang sanggup beli BMW ke Merc ke. Memang boleh tarik attention dorang, tapi korang mampu ke nak tanggung? Jangan ya, berbelanja mengikut kemampuan kita sahaja. Kalau gaji cukup untuk Proton, tak salah pun pakai Proton. Sama juga, tak kena hujan pun siap support local lagi. Kalau mampu for Honda ke apa ke go on. Tapi ingat, kita belanja sebab diri sendiri, bukan untuk puaskan mata orang lain, tapi mata kita. But still kena ikut kemampuan.

 

Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat - Panduan Membeli - Caricarz(credit owner: Azizul Azli Ahmad)

 

 

  • Melabur Secara Aktif 

 

Bila kita melabur, kita kena sentiasa pantau hala tuju pelaburan tersebut. Bukannya kita masuk duit dalam sesuatu platform, pastu biar je dekat situ berukurun. Don’t do that, sebab kita tak nampak kita untuk atau rugi. Sebab tu namanya secara aktif, kita sentiasa pantau naik turunnya, perkembangannya dan juga kadar pulangan. Jadi, melabur kena bijak untuk kita tambah kita punya pendapatan, besarkan asset kita. Kalau asyik menurun je, maybe it’s time untuk anda mula melabur ditempat lain pula. Ataupun, teruskan melabur tapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Beranakkan duit dekat tempat lain pulak. 

 

Cikgu Kewangan - Rugi dalam pelaburan yang sah, macam... | Facebook

 

Jangan lupa, high risk, high return. Jadi, sentiasa ukur baju dibadan sendiri. Kalau belum mampu untuk melabur dalam jumlah yang banyak, labur dalam jumlah yang kecil sahaja pun dah okay. Pastikan tempat pelaburan anda tu selamat ya. Contohnya, ASB, Unit Amanah, Tabung Haji, dan lain-lain. 

 

 

  • Jangan Beli Aset yang Mudah Susut Nilai

 

First of all, korang kena faham apa itu aset. Aset adalah harta yang dimiliki oleh seseorang. Bila kita kata dimiliki maksudnya dibeli oleh individu itu sendiri.  Aset adalah apa sahaja yang boleh digunakan untuk menghasilkan nilai ekonomi yang positif iaitu wang tunai. Aset mewakili nilai pemilikan yang boleh ditukar kepada tunai melalui urusan jual beli. 


So far, yang menguntungkan adalah aset pelaburan emas sebab ia memang confirm akan memberikan pulangan kepada kita. Setiap tahun harga emas makin naik. Kalau jatuh pun, tak sampai lebih rendah dari harga emas masa kita beli. Sebagai contoh, aset pelaburan adalah hartanah, amanah saham dan lain-lain.
 
Jadi apakah aset susut nilai ni? Aset susut nilai ni macam kenderaan dan peralatan elektronik. Kalau korang ada banyak duit, jangan spend all of them untuk kereta-kerata idaman, sebab once korang beli kereta baru harini, pastu esok nak jual balik, harga kereta tu dah jatuh dan akan jadi lebih murah, biasanya turun dalam purata 20% dari harga masa beli. Sebabnya, kereta tu dah ada nilai sejarah. Kereta tu dah jadi kereta secondhand, barangan terpakai. So tak dapat la nak jual harga sama dengan macam masa korang beli. Mungkin beli hari ini harga kereta tu RM150,000 kalau jual esok, dah turun harga RM90,000 je  Haa gitu. Kan rugi RM60,000 kat situ. 

 

Kalau ada topik yang tak faham atau kurang jelas, komen je ok? Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di blog yang seterusnya! 🙂

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *