Melabur adalah lebih penting, jika anda sudah mempunyai simpanan kecemasan. Dengan cara tersebut, anda boleh “beranakkan” duit atau modal yang dilaburkan dan mendapat faedah kompaun daripadanya. Atau senang cakap, dapat dividen la kiranya. Macam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tahun lepas ASB bagi dividen 3.50% dan bonus sebanyak 0.75%. Tahun ni belum umum lagi. Kena tunggu bulan Disember nanti.
So, camtu lah how the money invested will works for you. Walaupun jika nilai ringgit menurun due to inflasi atau anything, wang yang anda laburkan akan sentiasa bertambah.
Tapi jangan lupa, setiap pelaburan tu ada turun naiknya. Tak sentiasa naik je.
I kan dah kemaruk nak menyimpan duit dalam unit fund tapi isunya sekarang, I belum ada hibah. So I pergi tanya dekat kawan i ni, dia kebetulan dia ni Financial Consultant (Penasihat Kewangan) so she advised me this.
“I know you dah bukak unit trust and it’s a good thing that you do so. And memang bagus pun because you ada plan nak melabur RM100 setiap bulan, tapiiii before you nak buat camtu, its best if you ada emergency saving atau simpanan untuk kecemasan. Dah ada simpanan kecemasan tak? Macam mana kalau one day you tak mampu nak proceed bayar hibah monthly tu and worst case scenario, pelaburan you tu tak berapa menguntungkan? Ada Plan B tak? Ada backup? Kalau you dah ada simpanan kecemasan, baru buat hibah, and baru proceed with buat pelaburan yang RM100 monthly ke dalam mana-mana unit trust yang you suka tu.”
“Put your safety first, baru fikir pasal nak melabur. Yes compounding dia memang best, lagi-lagi kalau you consistent tapi kalau basic saving which is the emergency funds belum ada, its best if you solid kan dulu yang itu.”
“The best money flow is kukuhkan simpanan kecemasan, only then buat hibah 10% dari total gaji bulanan dan, baru proceed dengan simpanan atau pelaburan dekat tempat-tempat lain.”
I cam aahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. K.
Tapiiii no worries, you will have this Mr. Bean face real soon!
One thing that she advised me that day yang still stuck dalam kepala I is “Save enough untuk hal-hal kecemasan. Bila dah ada simpanan cukup untuk kegunaan 3 bulan, baru simpan (aka laburkan) dekat tempat lain yang ada risiko. Pelaburan ni best but you should pick your own poison. And the one yang I suggest ni is money flow yang paling healthy dan kurang risiko.”
Guys, she’s younger than me but she knows a bunch of good stuff! Hahaha korang pun ingat tau! Kalau nak berguru, carilah orang yang betul, yang ada ilmu. Jangan berguru dengan orang yang suka flex dia invest sana sini ribu-ribu USD tapi tak pernah expose pun dia punya rugi kat market stock. LOL
Ikut pace dan kebolehan kewangan sendiri. What applies to others tak bermaksud boleh digunapakai untuk kewangan korang jugak. Better be safe than sorry K?
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.
Recent Comments