Cabaran Fun(d) For Life Global Money Week

Anda juga boleh menghadiri kelas demo pembangunan aplikasi mudah alih Thunkable yang akan disiarkan di Youtube secara langsung.  

Ini bermakna anda boleh menjemput rakan-rakan lain untuk menonton bersama-sama.


Maklumat kelas demo tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Mac 2021

Masa: 5pm – 7.00pm

 

Jika anda sudah menghabiskan semua kuiz yang diberi dalam setiap kisah, syabas! Anda akan menerima satu pautan Zoom dalam emel anda ke bengkel menghasilkan aplikasi mudah alih menggunakan Thunkable.

 


Maklumat sesi tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 24 Mac 2021

Masa: 8pm – 9.30pm

 

 

 

Dalam sesi Zoom ini, anda juga akan mendapat bimbingan dari fasilitator. 

Ini bermakna anda boleh menjemput rakan-rakan lain untuk menonton bersama-sama. Sebelum anda boleh memulakan penghasilan aplikasi mudah alih anda, teruskan untuk mengetahui semua maklumat yang terdapat dalam cabaran ini. 

Maklumat Cabaran

Dunia kini sudah berubah dan semakin maju dengan teknologi. Ramai orang sekarang sudahpun memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar. Banyak yang boleh dilakukan melalui telefon pintar. Contohnya, anda sekarang boleh menjual dan membeli, mencari maklumat dan juga merancang aktiviti harian dalam peranti yang sama. Anda hanya perlukan aplikasi yang sesuai di dalam telefon pintar anda. Bukankah itu satu cara yang boleh digunakan untuk menolong orang?

 

Namun, masih ada ramai orang yang berkeperluan dan masih tidak dapat bantuan atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Seramai 70% orang masih tiada pelindungan takaful. Dengan satu musibah yang tidak dijangka, ramai orang akan terbeban dengan pelbagai kos dan terpaksa menghabiskan simpanan wang ataupun meminjam wang.

 

Satu kajian* dari Bank Negara menyatakan kebanyakan perkhidmatan pelindungan yang sedia ada kurang bermakna kepada golongan B40. Contohnya, masa pemprosesan bayaran pampasan terlalu lama sebuah keluarga yang tidak mempunyai simpanan yang cukup. Jenis perkhidmatan tambahan yang ditawarkan juga meliputi kejadian yang jarang dan spesifik.

Namun, terdapat beberapa statistik yang boleh diperolehi dari kajian yang sama:

 

Golongan B40 di seluruh negara adalah golongan yang kurang mendapat perkhidmatan takaful dan pelindungan berbanding orang lain.

95.2% daripada golongan B40 mempunyai sebuah telefon pintar.

*Hui Lin Chiew(2018), Expanding Insurangs and Takaful Solutions for the Underserved Segment, Bank Negara 

Cabaran Fun(d) For Life Global Money Week ingin memberi peluang kepada murid-murid di luar sana untuk cuba menghasilkan idea yang sesuai dengan masa kini dan juga sesuai dengan golongan yang berkeperluan(golongan B40). Hasilkan sebuah aplikasi telefon pintar yang berkesan untuk menangani salah satu persoalan berikut:

Persoalan 1

Persoalan 2

Persoalan 3

Sumber Pembelajaran Penghasilan Aplikasi Telefon Pintar

Berikut adalah suatu sumber yang anda boleh pelajari sendiri untuk menghasilkan sebuah ‘wireframe’ iaitu rangka reka bentuk antara muka sebuah aplikasi. Anda hanya perlukan perisian Adobe XD. Klik butang di bawah untuk memuat turun perisian Adobe XD.

 

Klik butang di bawah untuk mengikuti siri tutorial menghasilkan wireframe menggunakan Adobe XD

 

 

 

 

 

Jika anda ingin mencuba menggunakan Thunkable, anda boleh klik butang di bawah