CK 1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya

Standard Kandungan Celik Kewangan

1.5 Menerangkan cara menggunakan instrumen kewangan yang berlainan

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tahun 4: 3.6 Instrumen Pembayaran

 

Bahasa Melayu

Tahun 4: Tema 8 Ekonomi Berwawasan

Unit 22 Sumber Pendapatan

Unit 23 Pengusaha Berwawasan

Unit 24 Mengurus Wang

 

Pendidikan Moral

Tahun 1: Unit 13 Pesanan Nenek

A.a.iii Pembayaran dan Pembelian

  • Tahu pelbagai cara dan jenis pembayaran berbeza
  • Tahu kad prabayar perlu ditambah nilai sebelum diguna
  • Tahu kad debit disambung kepada akaun bank
  • Tahu kad kredit memberi pinjaman kepada penggunanya
  • Tahu sesetengah syarikat mengenakan bayaran apabila pembelian dibuat menggunakan kad kredit

 

A.a.iv Harga

  • Mempunyai pengetahuan sebenar tentang kos barangan asas seperti makanan

 

A.c.iv Rekod dan Kontrak Kewangan

  • Mampu membuat kira-kira yang perlu untuk memeriksa resit dan memantau perbelanjaan, dengan penggunaan mekanisme yang sesuai

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Membeli Belah

Secara berkumpulan, pelajar akan membuat keputusan menggunakan instrumen pembayaran pada situasi yang berbeza. Aktiviti-aktiviti 1 hingga 4 adalah aktiviti yang bersambung mengikut turutan situasi dan tugasan pelajar.

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas dan rujukan tentang instrumen pembayaran secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Aktiviti

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Cabaran Escape Room

Lengkapkan Cabaran Escape Room dengan jawapan yang betul bagi menamatkan sesi pembelajaran

Imbas Kembali Bersama

Cabaran Escape Room

Bantu rakan-rakan kumpulan melengkapkan Cabaran Escape Room mereka. Kumpulan dengan semua ahli melengkapkan cabaran Escape Room dikira berjaya

Pasca-Pembelajaran

Beli Apa dengan RM50?

Pelajar menemu ramah ibu bapa/penjaga dan mendapatkan maklumat senarai barangan runcit, harga, tempat pembelian tentang barangan yang boleh dibeli dengan RM50.

 

Rekodkan dalam bentuk senarai atau lukisan bermaklumat. Untuk pengalaman langsung, pelajar sendiri membuat pembelian atau mengikuti ibu bapa/penjaga membuat pembelian barangan runcit serta memerhati sendiri barangan yang boleh dibeli dengan RM50.

 

Kongsi dan bandingkan dengan dapatan rakan kelas yang lain.

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 1 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!