Memandangkan bulan Ramadan telah pun berakhir, kini, umat Islam sedang menyambut kehadiran bulan Syawal pula! Walaupun hari raya tahun ini agak tidak dijangka berikutan percanggahan pendapat beberapa ahli, namun, telah diumumkan bahawa rakyat di negara ini akan menyambutnya pada tanggal 2 Mei 2022!
Dan semestinya, mesti ramai antara anda yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman sambil menziarahi sahabat handai dan saudara mara kan?
Selain pulang ke rumah dengan perut yang kenyang dengan juadah raya yang lazat, kebanyakan anda juga pasti telah mengumpul jumlah yang agak besar dalam bentuk duit raya. Lagi-lagi selepas 2 tahun tak dapat pulang ke kampung berjumpa saudara-mara, betul tak? Haaaa jangan tipuuuu!
Anddd, we think that maybeeeee anda sedang menghadapi masalah untuk decide cara yang paling bijak untuk membelanjakan duit raya anda. Betul tak? So, berikut adalah beberapa cadangan dari Team Fun(d) for Life untuk korang yang mungkin susahhhhh sangat nak decide apa yang patut dibuat dengan jumlah wang tersebut. Ke dah habis top up dekat Shopeepay? Eeeee jangan camtu tau, perbuatan membazir kan amalan syaitan! Takutttt!
1. Belanja parents korang makan.
So cliche kan? Tapi this is for real. Walaupun kedengaran agak remeh dan mudah, kebanyakan orang yang tidak melakukan ini perkara ini dengan kerap seringkali menyesali perbuataan mereka. Orang dewasa yang bekerja sering merasa sukar untuk memperuntukkan masa terluang untuk membawa ibu bapa mereka keluar jalan-jalan mahupun keluar makan. Bukannya mintak restoran mewah pun. Ngeteh pun dah mampu nak buat dorang tu happy tau. Sebagai anak, mungkin sudah tiba masanya untuk kita kembalikan sedikit rezeki kita kepada ibu bapa kita yang telah menyayangi dan membesarkan kita selama ini. Setakat beberapa ringgit duit raya kita tu, parents kita laaaaagiii banyak spend duit untuk our well being sepanjang membesar. Duit raya kita tu, kuman je kalau nak dibandingkan dengan jasa mereka.
Membawa mereka makan yang enak adalah salah satu dari banyak cara yang mudah, simple dan terbaik untuk membalas kasih sayang dan kebaikan mereka selama ini. Sebenarnya, apa yang lebih berharga daripada hidangan itu sendiri ialah masa berkualiti yang anda telah (or ‘akan’) luangkan bersama mereka kelak! Oelh itu, why not anda mula pertimbangkan untuk mengambil cuti untuk pulang menjenguk ibu bapa anda ya. Cuba luangkan sebanyak mungkin masa bersama mereka selagi anda masih boleh. Tak luak pun lah Annual Leave korang tu kalau cuti sehari dua demi parents hmmm!
LOL
2. Belanja parents korang makan.
This is gonna be so “tiberrr” and awkward tapiii once korang buat, korang akan rasa macam “Perghhh gempak sehh aku harini!” Satu perbuatan itu akan membuatkan ada rasa macam…
🎶 Feeling good, like I should
Went and took a walk around the neighborhood
Feeling blessed, never stressed
Got that sunshine on my sunday best 🎵
Ehhhh menyanyi pulak! Tapi tulah, kan bantu membantu amalan mulia. Sebagaimana kita telah dikurniakan duit raya oleh orang sekelilin. Selain itu, kita juga boleh menyalurkan rezeki itu dengan memberkati rakan atau orang yang tidak dikenali. Lebih banyak kita membantu orang lain, kita akan jadi lebih tenang dan dunia akan menjadi lebih baik. Cehhhhhh!
3. Melabur untuk buku yang berkualiti dan bagus.
Kita semua tahu harga buku macam mana kan? Lagi-lagi kalau yang diimport dari luar negara, oleh penulis terkenal dunia. Mungkin boleh cecah ratusan ringgit lah. Sakit eh nak bayar. Tetapi jika anda seorang yang suka and enjoy membaca buku atau novel, teruskan melabur dalam bacaan-bacaan yang bagus itu. Tak semestinya buku berkaitan kewangan atau eset je, boleh jadi beli buku berkaitan emosi dan rohani, buku bantuan diri dan bahkan buku mengenai psikologi pun ok apa! Selagi ia menjadikan hari anda lebih memuaskan dengan membacanya atau jika ia mengajar anda sesuatu yang baharu, pastinya ia merupakan pelaburan yang berbaloi! Takyah pening-pening, beli je. Asalkan korang makes good use of it! Jangan simpan buat hiasan atau pekasam pulak!
4. Menyertai kursus-kursus yang baik.
Pada zaman sekarang ini, adalah penting untuk kita terus memperbaiki diri dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Ini sudah tentu, sambil tetap merendah diri dan menghargai apa yang kita ada!
Selain melabur dalam buku yang bagus, anda juga boleh menyertai kursus-kursus atau bengkel-bengkel yang memberikan pendidikan yang akan memberi anda pengetahuan dan kemahiran tambahan.
5. Melabur dalam conference yang berguna.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan duit raya yang anda terima untuk membeli tiket ke conference atau persidangan yang berguna. Kalau korang join aktiviti-aktiviti macamni, ianya akan membolehkan anda menjalin rangkaian (networking) dan bertemu orang baharu yang anda boleh bertukar-tukar pandangan berharga dan belajar daripadanya.
We never know but, anda juga mungkin boleh cari few new friends, build your first network, expand your portfolio dan berjumpa rakan kongsi baru di sana. So, apa tunggu lagi?!
6. Membuat pelaburan bijak.
Sudah tentu, untuk terus mengembangkan portfolio kewangan dan pelaburan sedia ada anda, anda juga boleh membuat pelaburan yang bijak dengan duit raya yang anda terima. Mudah-mudahan, mereka akan membantu anda menjana pulangan yang lumayan di mana anda boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak lagi untuk memberkati orang lain apabila musim perayaan akan datang!
Team Fun(d) for Life berharap cadangan ini telah membantu anda dalam memutuskan cara yang paling sesuai untuk korang spend duit raya tu! Don’t forget to enjoy too!
Again, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami!
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.
Recent Comments