4 Faedah Utama Pendidikan Kewangan Level Ultimate!

10 Jenis Tabung Ini Anak Muda Perlu Tahu, Untuk Simpanan Di Masa Depan. Boleh Mula Menabung Dari Sekarang..

Dari kecik lagi kita selalu dengar orang tua-tua nasihatkan kita untuk guna duit elok-elok kan? Pandai-pandai urus duit, pandai-pandai simpan duit dan pandai-pandai jaga duit. Tapi yela kita pun kecik lagi, mana lah nak faham apa yang dorang maksudkan.

 

Tapi bila dah besar ni baru kita sedar kan? Semua benda perlukan duit. Nak makan kena keluar duit, nak lepak kena ada duit, nak pam minyak pun bayar pakai duit, semua bendalah kena guna duit. So siapa yang cakap duit tak boleh beli kebahagiaan tu dusta belaka. Hihi jangan marah yaa… 

 

Jadi kenapa pentingnya pengurusan kewangan yang bijak ni? Apa je manfaatnya? Perlu ke ambil tahu? Yes, meh sini I nak cerita 4 faedah utama pendidikan kewangan!

 

1. Mempunyai pelbagai sumber kewangan!

 

Apa yang korang faham dengan sumber pendapatan? Sumber pendapatan ni maksudnya duit yang korang terima untuk kegunaan korang. Tak kisahla untuk bayar kereta ke rumah ke, nak beli barang kesukaan korang ke. Ha duit tu lah pendapatan korang. Tak semua pendapatan tu sama anyway. Ada pendapatan aktif ada juga yang pasif. 

Pendapatan aktif tu macam gaji, which is duit hasil daripada kerja harian yang korang buat. Kalau pendapatan pasif tu pulak maksudnya kita buat kerja tu sekali je pastu kita akan terus menerus dapat duit hasil daripada kerja yang kita buat dulu tu.

 

Jadi, korang nak tahu tak macam mana orang-orang kaya tu boleh jadi kaya? Ha sebab dorang ada pendapatan pasif tu la. Cumanya dorang ni bijak, dorang ada lebih dari satu pasif income. So, itulah faedah pertama kenapa pentingnya pendidikan kewangan untuk kita. Boleh jadi kaya! Hehe takdela gurau je, tapi kaya pun why not kan? Aaamiin je la hihi. Okay next!

 

2. Simpan duit untuk kecemasan

Cara Cara Menabung Paling Berkesan Yang Perlu Anda Cuba - TaraHap

 

Sebab apa kita kena simpan duit untuk kecemasan? Dalam hidup ni, kita tak boleh ramal apa yang akan berlaku. That’s why kita perlukan simpanan untuk kecemasan in case anything happened, kita dan ada backup plan. Cewah, takdala backup plan cuma langkah berjaga-jaga.

 

Dahtu? Apa kaitan dengan pendidikan kewangan? Ha mai la dengar dulu orang nak cerita, ish main menyampuk ja. Nak simpan duit pun kita kena ada ilmu, ada perancangan, kena tau serba sedikit tentang apa benda yang kita tengah buat sekarang. 

 

Kalau main simpan ja semborono, japgi sini tak cukup cabut duit sana, pastu sana tak cukup cabut duit sini. Tak boleh la macam tu, kita kena amanah dengan diri sendiri.

 

Sebab itula pentingnya pendidikan kewangan! So kita boleh bajet ngam-ngam dengan keperluan dan kehendak, siap ada tabungan untuk emergency lagi. Hihi

 

3. Simpan duit untuk beli aset/saham

REIT: Pelaburan Hartanah Dengan Modal Serendah RM100

 

Selain daripada dua yang diatas tu, ilmu mengenai kewangan ni juga sangat sangat penting untuk kita buat aset or beli saham. Oh ya, satu lagi. Untuk beli emas, selain jadi tabungan kita juga boleh kumpul pahala sebab yang tu sunnah hehe

 

Kenapa saya kata penting sangat ilmu atau pendidikan untuk urus duit ni? Yelah, bayangkan kita takda ilmu, tapi duit banyak. Datang sorang ejen MLM ajak melabur dengan dia, buta-buta je bagi duit dekat dia sampai poket rabak. Tak gitu bang?

 

Selain tu, kita juga kena ada ilmu untuk beli aset. Aset ni macam rumah, tanah, ataupun harta benda yang tidak akan mengalami penurunan nilai. Kalau kita beli kereta tu bukan aset. Beli harini kereta baru, esok dah jatuh harga dia sebab dikira kereta terpakai.

 

Tapi kalau kita beli aset ni, kita dapat tengok pulangan yang sangat besar cuma ambil masa sedikit bergantung kepada faktor geografi dan demografi. Lah tiber hehe tapi betul la tu.

 

Sebab tu kita kena ada ilmu, agar kita tak menyesal di kemudian hari. Tak salah nak menyewa rumah, cuma kita perlukan aset sebagai jaminan kepada hari mendatang. Macam saya cakap tadi, kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Hihi selamat menabung!

 

4. Gunakan pulangan pelaburan untuk menabung semula! 

How to make an investment in the stock market as per one's risk nature, income, and expense to get the suitable returns? | Passionate In Marketing

 

Jadi, ilmu kewangan untuk beli aset dah ada, apa lagi tak cukup? Bang, ilmu ni sampai mati pun takkan habis kita belajar sebab life is a learning process gitew. Okay sambung, bila dah dapat pulangan melalui pelaburan ataupun aset kita tadi, kita gandakan ia. But how?

 

Contoh lah kan, kita dah beli sebuah rumah, then kita buat sewa. Bila dah lama sikit kutipan sewa tu kita kumpul, kita guna duit tu untuk beli sebuah lagi rumah dan sewakan lagi. Kan beranak tuuu duit kita. Setiap bulan kita cuma kena kutip duit sewa untuk bayar liabiliti yang lain. Nampak macam mudah ja kan buat duit? Bak kata orang tua-tua, buat duit atas angin kata dorang. Tapi itulah hakikatnya orang-orang kaya buat duit dan terus menerus menjadi kaya.

 

Sebab tu saya ulang, ulang dan ulang lagi yang pendidikan kewangan ataupun ilmu guna duit ni sangat penting dan mendatangkan pelbagai faedah dalam hidup kita yang kadang-kadang tu tak terlintas pun dekat fikiran kita.

 

Pernah ke kita tengok orang miskin tu tiba-tiba jadi kaya? Susahla nak jumpa kejadian ajaib macam tu dalam dunia ni. Segalanya bermula sekecil kecil usaha dan ilmu kewanganyang kitaorang selalu kongsi ni juga merupakan salah satu gerakan usaha kecil untuk menuju kearah kejayaan atau kekayaan hahaha. Sampai disini sahaja, mungkin nanti saya akan datang bersama sesuatu yang baru dan lebih fresh! So, nantikan kemunculan saya yang berikutnya babaiiii!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *