Let’s start with….
Hahaha bestnya kalau betul kan?! Tapi hakikatnya, itu semua hanyalah mimpi Mat Jenin. Teringin nak kaya dan kumpul harta. Tapi, tak power urus duit. Hujung bulan asyik tak cukup je. So, bagaimana hendak mengurus kewangan dengan bijak? Macam mana nak control kita punya perbelanjaan harian, bulanan or even tahunan? Hmmm jom I kongsikan 4 cara senang untuk urus kita punya kewangan! Mana tahu bermanfaat untuk anda semua kan?
Kalau gaji korang RM1,500 sebulan, jangan overspend! Buat senarai bajet dulu. Settlekan bayaran sewa rumah, bayar bil api dan air, bayar duit loan kereta dan asingkan 10% dari total gaji siap-siap. Kalau rasa macam tak realistik nak menyimpan 10% tu, mungkin korang boleh try cara downgrade lifestyle tu dulu. Mungkin boleh cuba pakai kereta yang lebih jimat contohnya Bezza atau Myvi. Viva pun ok! Selebihnya dari gaji u, baru korang pakai untuk duit kocek atau berbelanja barang keperluan dan kemahuan (asalkan yang berbaloi sahaja ya!)
Untuk yang baru start kerja, mungkin boleh beli kereta secondhand dulu. Atau, kalau duduk dekat KL ni, elok lah pakai motor je. Nak pergi kerja pun senang. Jalan asyik sesak je masa waktu puncak. Pastu, barulah akan ada lebihan untuk anda simpan! Sikit pun takpe, asalkan ada, untuk waktu-waktu kecemasan nanti. Malang kan tak berbau. Dengan cara ini, korang tak perlu susah-susah nak puasa bila hujung bulan. Selain tu, duit lebihan tadi korang boleh dijadikan sebagai backup plan jika berlaku situasi luar jangka. Sebab tu juga pentingnya untuk korang buat bajet. Ingat tu!
Belanja setakat yang kita mampu sahaja. Janganlah disebabkan nak mengorat kawan perempuan dekat office sampai korang sanggup beli BMW ke Merc ke. Memang boleh tarik attention dorang, tapi korang mampu ke nak tanggung? Jangan ya, berbelanja mengikut kemampuan kita sahaja. Kalau gaji cukup untuk Proton, tak salah pun pakai Proton. Sama juga, tak kena hujan pun siap support local lagi. Kalau mampu for Honda ke apa ke go on. Tapi ingat, kita belanja sebab diri sendiri, bukan untuk puaskan mata orang lain, tapi mata kita. But still kena ikut kemampuan.
(credit owner: Azizul Azli Ahmad)
Bila kita melabur, kita kena sentiasa pantau hala tuju pelaburan tersebut. Bukannya kita masuk duit dalam sesuatu platform, pastu biar je dekat situ berukurun. Don’t do that, sebab kita tak nampak kita untuk atau rugi. Sebab tu namanya secara aktif, kita sentiasa pantau naik turunnya, perkembangannya dan juga kadar pulangan. Jadi, melabur kena bijak untuk kita tambah kita punya pendapatan, besarkan asset kita. Kalau asyik menurun je, maybe it’s time untuk anda mula melabur ditempat lain pula. Ataupun, teruskan melabur tapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Beranakkan duit dekat tempat lain pulak.
Jangan lupa, high risk, high return. Jadi, sentiasa ukur baju dibadan sendiri. Kalau belum mampu untuk melabur dalam jumlah yang banyak, labur dalam jumlah yang kecil sahaja pun dah okay. Pastikan tempat pelaburan anda tu selamat ya. Contohnya, ASB, Unit Amanah, Tabung Haji, dan lain-lain.
First of all, korang kena faham apa itu aset. Aset adalah harta yang dimiliki oleh seseorang. Bila kita kata dimiliki maksudnya dibeli oleh individu itu sendiri. Aset adalah apa sahaja yang boleh digunakan untuk menghasilkan nilai ekonomi yang positif iaitu wang tunai. Aset mewakili nilai pemilikan yang boleh ditukar kepada tunai melalui urusan jual beli.
Kalau ada topik yang tak faham atau kurang jelas, komen je ok? Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di blog yang seterusnya! 🙂
Ingin Dapatkan Maklumat Terkini?
Sertai e-komuniti kami:
MENGENAI PORTAL FUN(D) FOR LIFE
Portal Fun(d) for Life bertujuan membina generasi yang celik kewangan. Ia merupakan sebuah platform dalam talian yang mengajar para murid, ibu bapa dan guru mengenai literasi kewangan di era digital. Ia dibawakan secara percuma oleh Arus Academy disokong oleh FWD Takaful.
Recent Comments