Fun(d) for Life sempena
Minggu Kewangan Global

Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Minggu Kewangan Global yang lebih dikenali sebagai Global Money Week’, yang akan berlangsung sepanjang 21 – 27 Mac 2022.

 

Global Money Week merupakan sebuah kempen di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan anak muda seluruh dunia.

 

Ia dianjurkan oleh OECD International Network on Financial Education dan segala inisiatif Global Money Week di peringkat Malaysia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Untuk murid 10-17 tahun:

Pelancaran Kursus Kewangan Pelajar Fun(d) for Life

Jom sertai Kursus Kewangan Fun(d) for Life yang baru dilancarkan! Belajar cara pengurusan duit dan bertanding secara live sempena Global Money Week untuk menangi hadiah wang tunai

Untuk murid 10-17 tahun:

Bengkel Kewangan Pelajar & Sesi Buat Bersama 

  1. Dapatkan sijil setelah anda berjaya melengkapkan modul Kursus Kewangan Pelajar dalam Sesi Buat Bersama.
  2. Sertai Game Show Pop Kuiz dan jadi 3 pemenang bertuah yang memenangi hadiah wang tunai dalam setiap sesi!

    Sesi 1: 24 Mac 2022 (Khamis)

    Sesi 2: 25 Mac 2022 (Jumaat)

     

Untuk murid 7-18 tahun:

Kuiz Kewangan ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’

Jawab soalan berdasarkan siri video ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ di Youtube Arus Academy dalam masa terpantas!

  1. Kuiz KKCD akan bermula dari jam 8pm-9pm setiap hari dari 21 hingga 27 Mac 2022 di Telegram Kelab Celik Wang.
  2. Jadi yang terpantas untuk menduduki carta 3 Teratas kerana hanya 3 pemenang terbaik yang akan dipilih setiap hari!

 

 

Untuk guru: 

Webinar Kewangan

Sertai pelbagai demonstrasi integrasi pendidikan kewangan dalam bilik darjah secara live di Youtube Arus Academy!

Untuk ibubapa:

Kempen Keluarga Bijak Wang

Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami dan kongsikan tips kegemaran anda. Perkongsian terbaik bakal memenangi hadiah wang tunai!

Saksikan Temubual Media secara live bersama Biz Malaysia TV1 bersama Ketua Pegawai Strategi & Saluran Digital, FWD Takaful, Wan Ahmad Najib sempena Minggu Kewangan Global.

Terima kasih kami ucapkan kepada FWD Takaful Financial Education Network (FEN) Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Jabatan Pendidikan Negeri Media atas sokongan anda terhadap semua aktiviti Fun(d) for Life sepanjang Global Money Week 2022!