CK 5: Pengurusan Kredit Dan Hutang

Standard Kandungan Celik Kewangan

5.2 Mengenal pasti pengurusan kredit secara bertanggungjawab

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tingkatan 3: 3.2 Pengurusan Kredit dan Hutang

 

Pendidikan Islam

Tingkatan 2: Pelajaran 8 Amanah Terhadap Harta dan Nyawa

 

Pendidikan Moral

Tingkatan 4: Bidang 7 Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

A.a.iii Pembayaran dan Pembelian

  • Mengetahui kad kredit memberi pinjaman kepada pengguna
  • Mengetahui waktu yang sesuai untuk menggunakan kad kredit

 

C.a.ii Mengenal pasti Risiko

  • Mengetahui kelewatan pembayaran semula bil atau kredit atau tidak dibayar boleh mendatangkan kesan kewangan negatif

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan pengurusan kredit dan hutang

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang konsep kredit, penggunaan kad kredit dan etika berbelanja menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Tips Kredit

Tips Penggunaan Kad Kredit

Kesan Penggunaan Kad Kredit

Aktiviti

Imbas Kembali

Melakar Refleksi

Mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan semasa pembelajaran menggunakan melalui lakaran/lukisan pada Lembaran Kerja

Berdua Berkongsi

Menggunakan lembaran kerja bagi aktiviti imbas kembali, kongsikan refleksi yang telah dibuat kepada seorang rakan melalui penerangan verbal

 

Ajukan soalan tentang lakaran dan kandungan refleksi rakan 

Pasca-Pembelajaran

Temu Duga

Pelajar membentuk soalan berkenaan AKPK dan perkhidmatannya

 

Hubungi pegawai AKPK, dan bertanya soalan-soalan yang telah dibina, dengan fokus bagaimana AKPK membantu peminjam melangsaikan hutang-hutang kad kredit

 

Rekod maklumat dan pengalaman melalui Vlog

 

Muat naik Vlog ke Google Classroom 

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 5 Sekolah Menengah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!