Teacher

Selamat datang cikgu!

Laman ini disediakan untuk kegunaan guru-guru, sejajar dengan sahutan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan elemen Celik Kewangan dalam kurikulum persekolahan. Guru-guru boleh menggunakan idea dan kandungan laman ini sebagai panduan termasuk penyampaian pembelajaran anda sendiri.

 

Selamat mencuba!

6 Elemen Celik Kewangan

Berdasarkan panduan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 6 Elemen Celik Kewangan dengan pelbagai tema (seperti di bawah) yang perlu diterapkan ke dalam 7 subjek sasar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral). Integrasi ini bertujuan meningkatkan literasi kewangan sejak usia muda lagi.

Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya

Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan

Pengurusan dan Perancangan Kewangan

Simpanan dan Pelaburan

Pengurusan Kredit dan Hutang

Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)

Kami kongsikan Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK) yang mengandungi idea serta aktiviti-aktiviti berdasarkan satu standard kandungan daripada setiap elemen Celik Kewangan sebagai panduan guru-guru.

 

Kami bawakan elemen Celik Kewangan yang sesuai dengan subjek secara langsung (DSKP atau unit buku teks yang mempunyai tajuk wang/pengurusan wang) dan secara tidak langsung dengan mencadangkan unit buku teks yang berkaitan dan boleh diintegrasikan dengan elemen Celik Kewangan.

 

Semua aktiviti yang disediakan boleh digunakan sama ada untuk membantu anda mencetus idea atau untuk dilaksanakan sebagai aktiviti PdPc. Anda boleh menjalankan sepenuhnya kesemua aktiviti yang kami cadangkan atau mana-mana bahagian pada satu-satu masa.

Terokai Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK) kami!

Cikgu, sudah sedia untuk terokai Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK) kami?
Ikuti 3 langkah mudah ini dan mulakan pengembaraan anda!

Pilih elemen Celik Kewangan berdasarkan tahap di bawah

Terokai aktiviti-aktiviti Celik Kewangan yang dipilih

Kongsi maklum balas anda mengenai Pek Aktiviti Celik Kewangan kami

Penjajaran Celik Kewangan – Kurikulum Persekolahan

Lihat bahagian mana bagi subjek anda yang terbabit dengan elemen Celik Kewangan di Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!