CK 4: Simpanan Dan Pelaburan

Standard Kandungan Celik Kewangan

4.2 Menerangkan bagaimana simpanan dan pelaburan dapat membantu meningkatkan kekayaan

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tahun 5: 3.3 Simpanan dan Pelaburan

Tahun 6: 5.1 Penyelesaian Masalah Melibatkan Wang

B.c.iii Simpanan

  • Boleh menerangkan faedah mempunyai simpanan
  • Boleh menyediakan pelan simpanan yang akan membantu mencapai matlamat simpanan bernilai tinggi

 

B.a.iii Simpanan

  • Memahami impak faedah kompaun kepada simpanan

 

C.a.i Perubahan Nilai

  • Memahami bahawa pelaburan boleh menjadi bernilai ataupun tidak

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan meningkatkan kekayaan melalui simpanan dan pelaburan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang simpanan dan pelaburan secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Menyimpan Wang

Simpanan vs Pelaburan

Faedah Mudah & Faedah Kompaun

Dalam Sesi Pembelajaran (Ujian Gula-Gula)

 

Diadaptasi daripada “The Marshmallow Test” dan diasimilasi untuk simulasi pulangan simpanan dan pelaburan.

 

Setiap pelajar diberi satu gula-gula setiap seorang dan guru memberi tahu mereka boleh mengambil gula-gula itu sekarang atau tunggu dua minit untuk mendapat satu lagi gula-gula, atau 4 minit untuk dua lagi gula-gula atau 6 minit untuk 3 lagi gula-gula.

 

Pelajar yang telah menyentuh gula-gula mereka tidak boleh menerima gula-gula tambahan. Kaitkan dengan penantian dalam simpanan dan pelaburan adalah sesuatu yang baik dan mendatangkan keuntungan.

Aktiviti

Aktiviti 1: Lantunan Idea

Standard Pembelajaran

CK4.2.2

Mengenal pasti pelbagai cara untuk menyimpan

 

CK4.2.3 

Membezakan maksud ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’ 

Bahan

Bola

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Sediakan bahan, bola dilekat dengan nombor 1-3 di sekeliling bola (1: kongsi cara menyimpan; 2: maksud simpanan; 3: maksud pelaburan)

 

2. Tetapkan ruang dan terangkan aktiviti

 

3. Pastikan setiap pelajar ada 20 saat untuk berkongsi dan respon dengan 1 perkataan sahaja tidak diterima 

Tindakan Murid

1. Kongsikan maklumat dan beri penjelasan berdasarkan nombor di bawah ibu jari kanan pada bola

 

2. Lantun/lontar bola kepada rakan lain

 

3. Langkah 1 diulang hingga masa aktiviti tamat 

Tip untuk Cikgu

  • Aktiviti ini lebih sesuai dilakukan di ruang lapang. Jika berdekatan, bawa pelajar untuk menjalani aktiviti ini di luar bilik darjah

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

RM1,000,000: Simpan Atau Labur?

Pelajar mengimbas kembali aktiviti dengan memilih strategi meningkatkan kekayaan: melalui simpanan atau pelaburan, serta memikirkan faktor-faktor pemilihan strategi tersebut apabila diberikan RM1,000,000 pada Lembaran Kerja

Imbas Kembali Bersama

Perkongsian

Pelajar berkumpul berdasarkan pilihan mereka. Seorang pelajar mewakili kumpulan masing-masing berkongsi dengan kelas mengenai strategi meningkatkan kekayaan dan sebab-sebab pilihan

Pasca-Pembelajaran

Pelabur Bijak

Pelabur yang bijak akan berhati-hati dalam membuat pelaburan, apakah tanda-tanda penipuan berkaitan aktiviti pelaburan? Pelajar diberi pautan video sebagai rujukan dan berkongsi pemerhatian mereka kepada rakan kelas. 

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 4 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!