CK 4: Simpanan Dan Pelaburan

Standard Kandungan Celik Kewangan

4.2 Menerangkan bagaimana simpanan dan pelaburan dapat membantu meningkatkan kekayaan

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tahun 5: 3.3 Simpanan dan Pelaburan

Tahun 6: 5.1 Penyelesaian Masalah Melibatkan Wang

B.c.iii Simpanan

  • Boleh menerangkan faedah mempunyai simpanan
  • Boleh menyediakan pelan simpanan yang akan membantu mencapai matlamat simpanan bernilai tinggi

 

B.a.iii Simpanan

  • Memahami impak faedah kompaun kepada simpanan

 

C.a.i Perubahan Nilai

  • Memahami bahawa pelaburan boleh menjadi bernilai ataupun tidak

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan meningkatkan kekayaan melalui simpanan dan pelaburan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang simpanan dan pelaburan secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Menyimpan Wang

Simpanan vs Pelaburan

Faedah Mudah & Faedah Kompaun

Dalam Sesi Pembelajaran (Ujian Gula-Gula)

 

Diadaptasi daripada “The Marshmallow Test” dan diasimilasi untuk simulasi pulangan simpanan dan pelaburan.

 

Setiap pelajar diberi satu gula-gula setiap seorang dan guru memberi tahu mereka boleh mengambil gula-gula itu sekarang atau tunggu dua minit untuk mendapat satu lagi gula-gula, atau 4 minit untuk dua lagi gula-gula atau 6 minit untuk 3 lagi gula-gula.

 

Pelajar yang telah menyentuh gula-gula mereka tidak boleh menerima gula-gula tambahan. Kaitkan dengan penantian dalam simpanan dan pelaburan adalah sesuatu yang baik dan mendatangkan keuntungan.

Aktiviti

Aktiviti 1: Lantunan Idea

Standard Pembelajaran

CK4.2.2

Mengenal pasti pelbagai cara untuk menyimpan

 

CK4.2.3 

Membezakan maksud ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’ 

Bahan

Bola

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Sediakan bahan, bola dilekat dengan nombor 1-3 di sekeliling bola (1: kongsi cara menyimpan; 2: maksud simpanan; 3: maksud pelaburan)

 

2. Tetapkan ruang dan terangkan aktiviti

 

3. Pastikan setiap pelajar ada 20 saat untuk berkongsi dan respon dengan 1 perkataan sahaja tidak diterima 

Tindakan Murid

1. Kongsikan maklumat dan beri penjelasan berdasarkan nombor di bawah ibu jari kanan pada bola

 

2. Lantun/lontar bola kepada rakan lain

 

3. Langkah 1 diulang hingga masa aktiviti tamat 

Tip untuk Cikgu

  • Aktiviti ini lebih sesuai dilakukan di ruang lapang. Jika berdekatan, bawa pelajar untuk menjalani aktiviti ini di luar bilik darjah

Aktiviti 2A: Audit Dalaman

Standard Pembelajaran

CK4.2.4

Memberi contoh satu jenis ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’ dan menerangkan bagaimana nilai simpanan dan pelaburan tersebut bertambah dari semasa ke semasa

Bahan

Dadu

Masa

5 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Terangkan langkah aktiviti kepada pelajar

 

2. Sediakan bahan

 

3. Pantau masa bagi setiap aktiviti

 

4. Minta wakil pelajar daripada setiap kumpulan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada setiap aktiviti kepada kelas 

Tindakan Murid

1. Baling dadu. Pelajar bertanya kepada ahli kumpulan secara senyap, “psst… nak tahu tak?” Pelajar lain dalam kumpulan lain menjawab dengan senyap “Apa dia?”

 

2. Jika dapat nilai ganjil, berikan satu contoh jenis simpanan. Jika nilai dadu adalah genap, berikan satu contoh jenis pelaburan dan terangkan bagaimana nilai simpanan/pelaburan bertambah dari semasa ke semasa

 

3. Ulang langkah 1 & 2. Pelajar seterusnya perlu memberi contoh berlainan daripada pelajar sebelumnya 

Aktiviti 2B: Audit Dalaman

Standard Pembelajaran

CK4.2.6

Mengira faedah mudah dan faedah kompaun dan menerangkan kelebihan faedah kompaun

Bahan

Tiada

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Terangkan langkah aktiviti kepada pelajar

 

2. Pantau masa bagi setiap aktiviti

 

3. Minta wakil pelajar daripada setiap kumpulan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada setiap aktiviti kepada kelas

Tindakan Murid

1. Lengkapkan soalan pada lembaran kerja

 

2. Selepas masa tamat, serahkan lembaran kerja pada rakan di sebelah kanan

 

3. Semak jalan kerja dan jawapan satu soalan rakan, komen pada penerangan kelebihan faedah kompaun, berikan 🙂 jika setuju dan 🙁 jika tidak

 

4. Serakan lembaran kerja pada rakan di sebelah kanan dan ulang langkah 3 hingga dapat semula lembaran kerja sendiri atau semua soalan siap disemak 

Aktiviti 3: Akaun Simpanan untuk Saya

Standard Pembelajaran

CK4.2.1

Menerangkan faedah atau pulangan yang diterima jika menyimpan di agensi kewangan

 

CK4.2.5

Menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh ‘bertambah’ atau ‘berkurangan’ 

Bahan

Kertas Undian Topik [Simpanan/Pelaburan] dan Nombor Pasangan Janji Temu 

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Mengedar kertas undian topik kepada setiap pelajar. Pastikan jumlah pelajar yang diberi topik simpanan adalah seimbang dengan pelajar yang diberi topik pelaburan.


2. Bagi nombor pasangan, sediakan dua nombor berasingan bagi setiap pelajar dan pastikan pasangan terdiri daripada pelajar berlainan topik


3. Menanda meja/tempat janji temu dengan nombor


4. Memantau dan menetapkan masa janji temu kilat (3 minit: 1.5 minit bagi setiap pelajar untuk berkongsi maklumat kepada pasangan bagi satu pusingan)

Tindakan Murid

1. Melayari laman web berkaitan topik yang dicabut untuk mendapatkan maklumat berkaitan

 

2. Sediakan soalan berkaitan topik pasangan (contoh: soalan berkaitan pelaburan jika menyediakan maklumat berkenaan simpanan)

 

3. Berjumpa dengan pasangan janji temu mengikut nombor yang dicabut

 

4. Menerangkan maklumat yang diperoleh hasil pencarian, dan jawab soalan daripada pasangan jika ada

 

5. Ulang tindakan 3 & 4 untuk giliran pasangan dan catatkan perkongsian pasangan dalam lembaran kerja

Tip untuk Cikgu

  • Sediakan contoh laman web berkaitan untuk rujukan, dan galakkan pelajar meneroka maklumat daripada sumber-sumber lain (contoh: maklumat pulangan/faedah simpanan di institusi kewangan daripada Bank Islam, Maybank, CIMB, BSN dan bank-bank lain) 

Aktiviti 4: Perbelanjaan Terakhir

Standard Pembelajaran

CK4.2.7

Menyediakan pelan simpanan berdasarkan matlamat yang dibuat


CK4.2.8

Menerangkan secara ringkas bagaimana pelaburan dapat meningkatkan kekayaan dan membantu memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang

Bahan

Internet/Majalah/Katalog

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan (internet/majalah/ katalog)

 

2. Memantau aktiviti dan membantu pelajar jika perlu

 

3. Meminta wakil pelajar untuk berkongsi pelan simpanan mereka kepada kelas 

Tindakan Murid

1. Memilih dua item pembelian dalam bentuk produk atau perkhidmatan

 

2. Melengkapkan pelan simpanan pada lembaran kerja dengan maklumat-maklumat yang diperlukan

 

3. Wakil pelajar berkongsi pelan simpanan kepada kelas

Tip untuk Cikgu

  • Galakkan pelajar mendapatkan perbandingan maklumat pembelian daripada pelbagai sumber. Sebagai contoh, portal jualan dalam talian: Shopee, Lazada, 11street, Mudah dan banyak lagi 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

RM1,000,000: Simpan Atau Labur?

Pelajar mengimbas kembali aktiviti dengan memilih strategi meningkatkan kekayaan: melalui simpanan atau pelaburan, serta memikirkan faktor-faktor pemilihan strategi tersebut apabila diberikan RM1,000,000 pada Lembaran Kerja

Imbas Kembali Bersama

Perkongsian

Pelajar berkumpul berdasarkan pilihan mereka. Seorang pelajar mewakili kumpulan masing-masing berkongsi dengan kelas mengenai strategi meningkatkan kekayaan dan sebab-sebab pilihan

Pasca-Pembelajaran

Pelabur Bijak

Pelabur yang bijak akan berhati-hati dalam membuat pelaburan, apakah tanda-tanda penipuan berkaitan aktiviti pelaburan? Pelajar diberi pautan video sebagai rujukan dan berkongsi pemerhatian mereka kepada rakan kelas. 

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 4 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!