5.2 Mengenal pasti pengurusan kredit secara bertanggungjawab
Matematik
Tahun 5: 3.4 Kredit dan Pengurusan Hutang
A.a.iii Pembayaran dan Pembelian
C.a.ii Mengenal pasti Risiko
SDG1 Kemiskinan Sifar
1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan
8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab
Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan pengurusan kredit dan hutang
Pelajar menonton video ringkas tentang konsep kredit, penggunaan kad kredit dan etika berbelanja menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran
Tips Kredit
Tips Penggunaan Kad Kredit
Kesan Penggunaan Kad Kredit
Standard Pembelajaran
CK5.2.1
Membincangkan maksud kredit
CK5.2.2
Menjelaskan kegunaan kredit
Bahan
Tiada
Masa
15 Minit
Rujukan/Lembaran Kerja
Tiada
1. Terangkan langkah-langkah aktiviti
2. Tetapkan dan pantau masa aktiviti
3. Minta wakil setiap kumpulan berkongsi kepada kelas setelah waktu aktiviti tamat
1. Pelajar 1 membuat perkongsian
2. Pelajar 2 memberi komen perkongsian Pelajar 1 dan berkongsi idea
3. Pelajar 3 memberi komen perkongsian Pelajar 1 dan 2 dan berkongsi idea dan pelajar seterusnya meneruskan langkah memberi komen dan berkongsi idea
Standard Pembelajaran
CK5.2.3
Mengenal pasti masa/situasi sesuai untuk menggunakan kad kredit
1. Tentukan bahagian ‘Utara’ (Sesuai) dan ‘Selatan’ (Tidak Sesuai) di dalam kelas
2. Tetapkan 10 saat untuk pelajar membentuk barisan dalam satu garisan dari Utara ke Selatan
3. Pilih pelajar untuk berkongsi sebab pernyataan dipilih sebagai sesuai atau tidak dengan kelas
1. Selepas mendengar pernyataan yang dibacakan guru, bergerak ke bahagian ‘Utara’ atau ‘Selatan’ kelas
2. Berkongsi sebab memilih berada di ‘Utara’ (Sesuai) atau ‘Selatan’ (Tidak Sesuai) bagi pernyataan berkaitan
Standard Pembelajaran
CK5.2.4
Menjelaskan cara penggunaan kad kredit yang betul dan salah
Bahan
Kotak/Bekas Tertutup
Masa
10 Minit
Rujukan/Lembaran Kerja
Tiada
1. Sediakan kotak misteri
2. Terangkan cara melaksanakan aktiviti kepada pelajar
3. Pantau masa aktiviti dijalankan
1. Tuliskan beberapa cara penggunaan kad kredit yang betul dan salah; satu pernyataan pada satu bahagian kertas
2. Masukkan semua cara yang ditulis ke dalam kotak misteri
3. Apabila semua rakan telah masukkan pernyataan masing-masing, ambil satu pernyataan setiap seorang secara rawak dari kotak misteri
4. Setiap seorang bacakan pernyataan dan nyatakan sama ada cara penggunaan adalah betul atau salah beserta pendapat, secara bergilir
Standard Pembelajaran
CK5.2.5
Menjelaskan bagaimana penggunaan kad kredit boleh memberi kesan yang baik atau buruk pada bajet
1. Menyediakan bahan sesuai untuk melekat kertas penyelesaian di sekitar bahagian kelas dan rujukan cara kiraan
2. Terangkan cara melaksanakan aktiviti kepada pelajar
3. Menggalakkan pelajar memberi respon dan komen kepada hasil kerja pelajar-pelajar lain semasa aktiviti melawat galeri
4. Minta pelajar berkongsi apa yang diperhatikan melalui aktiviti selepas waktu melawat tamat
1. Selesaikan kira-kira pembayaran semula kredit untuk penggunaan kad kredit
2. Pilih bahagian kelas yang sesuai untuk mempamerkan hasil kira-kira dan lekatkan penyelesaian
3. Semasa aktiviti melawat galeri dimulakan, perhatikan hasil kerja rakan-rakan lain dan beri bintang dan komen pada kertas yang dipamerkan
Melakar Refleksi
Mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan semasa pembelajaran menggunakan melalui lakaran/lukisan pada Lembaran Kerja
Berdua Berkongsi
Menggunakan lembaran kerja bagi aktiviti imbas kembali, kongsikan refleksi yang telah dibuat kepada seorang rakan melalui penerangan verbal
Ajukan soalan tentang lakaran dan kandungan refleksi rakan
Pelajar menonton video kajian kes berkenaan kredit dan hutang
Berdasarkan pemerhatian, pelajar mencatatkan apa yang berlaku, kesan hutang kepada kehidupan individu dan bagaimana AKPK membantu
Ghairah Hidup Mewah
Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!
BE THE FIRST TO HEAR OUR UPDATES
Subscribe to our e-newsletter:
ABOUT FUN(D) FOR LIFE PORTAL
The Fun(d) for Life Portal aims to develop a financially-literate generation. It is an online platform that teaches students, parents & teachers financial literacy in a digital era. It is brought to you by Arus Academy with the support of FWD Takaful.