FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) dan Arus Academy melalui inisiatif pendidikan kewangan, Fun(d) for Life, telah menyasarkan untuk membantu 100,000 pelajar Malaysia dengan kemahiran literasi kewangan pada tahun 2023.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu anak muda untuk membuat keputusan yang bijak mengenai kewangan mereka dan membina masa depan kewangan yang lebih baik bagi diri mereka sendiri dan keluarga mereka.
Fun(d) for Life akan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 1,000 pendidik dan organisasi lain di seluruh Malaysia untuk memberikan pendidikan literasi kewangan kepada pelajar. Melalui kerjasama ini, program ini akan menjalankan bengkel, menyediakan sumber dalam talian, dan alat interaktif.
Ketua Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful dan pengasas inisiatif Fun(d) for Life, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi berkata, pihaknya bangga memainkan peranan utama dalam mempromosikan literasi kewangan di kalangan pelajar Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa setiap pelajar layak mendapat akses kepada pengetahuan dan alat yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang bijak mengenai kewangan.
‘Dengan memperkasakan 100,000 pelajar dengan kemahiran literasi kewangan, kami berharap untuk memberikan impak yang positif pada masa depan kewangan individu-individu ini dan negara kita” dalam kenyataannya hari ini.
Pemimpin program Fun(d) for Life, Alina Amir pula berkata, pihaknya sedar bukan mudah untuk sesiapa, terutama belia untuk mengamalkan tingkah laku kewangan yang baik.
“Dengan menggunakan maklumat ini, kami menggabungkan pendekatan berdasarkan permainan untuk menggalakkan belia mengamalkan pelbagai tingkah laku kewangan yang baik,” katanya.
Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan pendidik dan ibu bapa mereka serta organisasi di lapangan untuk memastikan is menjadi tabiat masa panjang.
Terdahulu, pengumuman ini dibuat sempena pelancaran inisiatif Fun(d) for Life bagi Minggu Kewangan Global yang berlangsung dari 20 hingga 26 Mac 2023.
Semasa Minggu Kewangan Global, Fun(d) for Life akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk belia, ibu bapa dan guru, termasuk bengkel dalam talian dan secara bersemuka, kuiz serta webinar.
Inisiatif ini akan bermula dengan penayangan dokumentari ‘Fun(d) for Life’s Untold Stories: of Dreams & Money” yang menceritakan kisah suka dan duka di sebalik tabir bagi sembilan anak muda dari seluruh Malaysia yang bertanding di pentas kebangsaan
BE THE FIRST TO HEAR OUR UPDATES
Subscribe to our e-newsletter:
ABOUT FUN(D) FOR LIFE PORTAL
The Fun(d) for Life Portal aims to develop a financially-literate generation. It is an online platform that teaches students, parents & teachers financial literacy in a digital era. It is brought to you by Arus Academy with the support of FWD Takaful.
Recent Comments