Kami percaya bahawa setiap pelajar mampu mencapai cita-cita mereka sekiranya mereka didedahkan kepada kerjaya inspirasi + kemahiran yang diperlukan + kemahiran pendidikan kewangan untuk merealisasikan impian tersebut.
Program Kejar Impian adalah program bimbingan yang direka khas untuk membantu pelajar 14 – 18 tahun seluruh Malaysia merealisasikan potensi diri dalam mencapai impian kehidupan mereka.
Melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna serta bimbingan mentor, setiap pelajar diberi peluang untuk meneroka potensi diri berdasarkan minat, 21st century skills and financial literacy towards achieving their aspirations and ambitions with the support and exposure to opportunities.
“Apakah maklumat yang perlu saya tahu tentang kerjaya ini?”
Fahami lebih lanjut tentang kerjaya impian anda (kelayakan, cabaran, gaji, dan banyak lagi) melalui perkongsian video yang akan dimainkan dalam Sesi Inspirasi.
“Apakah kemahiran yang perlu saya asah untuk berjaya dalam kerjaya ini?”
Kemudian, pelajari kemahiran penting yang diperlukan dalam Kerjaya tersebut dari Mentor-Sifu melalui Bengkel Kemahiran secara interaktif selama 2 jam.
“Bagaimana aku dapat membuat perancangan sebaiknya supaya impianku dapat direalisasikan?”
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai impian mereka, peserta juga akan didedahkan kepada konsep menetapkan matlamat dan impian mereka, jangkamasa yang diinginkan serta aspek-aspek lain yang perlu diambil kira untuk mencapai matlamat ini, seperti pemikiran yang perlu di tanam, aspek kewangan, risiko-risiko yang tidak diingini dalam kerjaya ini serta kepentingan mencapai kebebasan kewangan dalam meneruskan impian dan masa depan yang lebih cerah untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat.
“Bagaimanakah aku dapat membuktikan aku bersedia mengambil selangkah lebih dekat ke arah impianku?”
Buktikan kemahiran yang anda pelajari dan kongsikan pelan impian anda di Pertandingan Projek Akhir dan anda mungkin memenangi hadiah wang tunai untuk mula merealisasikan impian anda!
14 Ogos 2021, Sabtu
8 – 10 malam
21 Ogos 2021, Sabtu
8 – 10 malam
28 Ogos 2021, Sabtu
8 – 10 malam
4 September 2021, Sabtu
8 – 10 malam
11 September 2021, Sabtu
8 – 10 malam
BE THE FIRST TO HEAR OUR UPDATES
Subscribe to our e-newsletter:
ABOUT FUN(D) FOR LIFE PORTAL
The Fun(d) for Life Portal aims to develop a financially-literate generation. It is an online platform that teaches students, parents & teachers financial literacy in a digital era. It is brought to you by Arus Academy with the support of FWD Takaful.