Dulu masa study, macam-macam plan nak buat lepas grad. Habis je study jem, duduk rumah taktahu buat apa. Alasan kononnya nak rehat sebab penat belajar 5 6 tahun. Huhu ade tak yang lalui zaman macam saya? Tapi kejap jela saya rehat dekat rumah hehe pastu terus kumpul duit nak kahwin but sampai sekarang single huhu.
Okay harini I nak share dengan you all 5 benda penting yang korang patut buat bila dapat gaji as a fresh grad. Yelah saje je share sebab i faham kita ni jiwa muda, semua benda kalau boleh nak beli. Gaji tu first week lagi dah licin hahaha betul tak?
1. Set Bajet!
Alright, set, go! First thing first, korang kena set bajet korang. Bajet ni macam plan awal la sebelum apa-apa perkara yang kita buat. Contohlah kan, kita nakgi camping dengan member next week, mesti kita dah plan siap-siap nak bawak itu ini, nak kena beli itu ini sebelum pergi camping.
So, macam tu juga bajet. Kita kena plan gaji sebulan kita tu spend untuk apa. Minyak kereta berapa, bayar kereta dengan rumah berapa, makan berapa, untuk tabung berapa and paling penting bagi dekat parents berapa. Hehe barulah berkat gaji yang dapat tu.
Jadi, bila kita ada bajet bulanan siap-siap, senang la kita nak spend duit tu. jalan-jalan dalam mall ternampak jam Bell & Ross, teringin nak beli dari dulu lagi, so dengan senang hati masuk butik angkat tanpa fikir. Sebab apa? Sebab kita dah tahu berapa duit yang tinggal untuk kita enjoy. Cewahhh taknak kalah tu Bell & Ross 😛
2. Simpan dulu, baru guna!
Apa maksud simpan dulu baru guna? Ni sambungan daripada beli jam mahal tadi hihi. Maksudnya korang kena ada target dan simpan duit untuk achieve target tu. Menyimpan ni best tau, korang akan rasa syok ada duit kepuk-kepuk dalam akaun.
Bila jumlah duit terkumpul dah banyak bukan rasa nak guna pun, rasa nak simpan lagi. Sebab suka tengok jumlah tu makin hari makin banyak. Kalau korang tak caye, try lah simpan 😎
Simpan dulu baru guna ni tak semestinya untuk kita beli barang or benda-benda lain. Korang guna untuk investment also can! Itu yang paling best actually. Korang dah nampak duit korang banyak, pastu invest pula dengan cara yang betul, duit tu akan sentiasa membiak gitchew.
So, untuk fresh grad yang baru dapat gaji tu, jangan lupa apply benda ni tau! 5 hingga 10 tahun lagi korang dah tak payah makan gaji kerja dengan orang. Korang pulak yang buka peluang pekerjaan inshaAllah aamiin 🤲🏼
3. Pelbagaikan jenis pelaburan
Okay berbalik kepada pelaburan ataupun investment tadi. Bila kita dah ada satu investment, cuba cari lagi dekat mana kita boleh jana duit. Bercakap mengenai pelaburan ni, korang kena tahu yang pelaburan ni pulangan jangka masa panjang. So korang boleh pelbagaikan jenis pelaburan korang, and dapat pulangan yang korang tak pernah fikir pun boleh dapat kelak.
Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, emas juga merupakan pelaburan. Korang boleh beli emas dan simpan ataupun sekarang ni dah banyak orang buka peluang pelaburan untuk emas. Selain dapat pulangan korang pun kumpul pahala tau since emas ni sunnah hehe.
Oh ya tak lupa juga, korang boleh belajar macam mana nak gunakan platform platform online yang ad sekarang ni untuk melabu. Zaman dah semakin maju wak, melabur guna phone je, cukup masa tuai hasil macam tuai padi huhu.
So muda muda macam ni la kena belajar manage duit baik-baik. Nanti bila dah separuh abad dah boleh rehat santai dekat rumah sebab duit berkepuk kepuk bak kata Diva AA hahaha. Next!
4. Pastikan anda ada tabung kecemasan
Amenda tabung kecemasan ni? Sikit-sikit tabung kecemasan, sikit-sikit tabung kecemasan. Haa korang wajib ada tabung! Korang tahu ke bila mak panggil balik? Tengah-tengah kerja dekat KL, Mak dekat Kedah call suruh balik ada emergency katanya. Ha itula gunanya simpanan kecemasan. Untuk korang belanja ataupun guna waktu-waktu yang terdesak macam tu. So takdela kacau bajet bulanan korang. Takdela nanti jadi macam meme kat bawah ni
Maksudnya dekat sini, duit yang korang simpan tu korang akan guna waktu yang memerlukan je. So kalau dah lama korang simpan dan tak guna pun duit tu, korang boleh ambil sebahagian daripada simpanan kecemasan tu untuk invest.
Duit korang akan grow dari semasa ke semasa, tanpa korang sedar korang dah boleh beli aset dalam masa tak sampai 10 tahun bekerja. Sebab itu pentingnya ilmu kewangan, so that korang boleh plan hidup korang dari muda-muda lagi. Ye betul kita merancang, Allah yang menentukan. Cumanya kita rancanglah elok-elok semoga perancangan kita diterima olehNya.
5. Buat hibah untuk diri sendiri
Pernah dengar tak pasal hibah? Kebelakangan ni ramai sangat yang jadi ejen takaful dan tawarkan kita dengan hibah. Korang ada ambil tak? Korang dengar tak ejen tu punya explaination? Mesti maleh kan sebab ingat jual isurans hahaha
Okay meh nak cerita sikit, hibah ni maksudnya pemberian harta ataupun milikan yang berlaku semasa hidup pemberi hibah secara sukarela tanpa mengharapkan balasan kepada seseorang yang lain. Dalam bahasa mudah paham, kita wasiatkan harta kita untuk mak ataupun family kita.
Sekarang ni kita dengar banyak pakej kan? Bukan takat hibah je, dia masukkan sekali dengan insurans lah takaful lah dan sebagainya. Untuk apa semua tu? Untuk perlindungan diri kita jugak. Bukan kita mintak berlaku sebarang kecelakaan, tapi seandainya takdir seperti itu berlaku, ada lah juga sedikit coverage semasa kita tak boleh bekerja dan sebaginya
Sebab apa perlu buat hibah ni? Sebab ia merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Kalau kita lihat firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 177, yang mana maksudnya:
“…dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”
Jelas dekat sini kita boleh baca dan faham bahawa amalan hibah ni sangat digalakkan oleh agama Islam, bukan sahaja satu dalil malah banyak lagi yang kalau saya nak tulis dekat sini berjela pulak korang kena baca.
So sampai situ sahaja perkongsian kali ini, inshAllah di lain waktu saya akan bawakan perkongsian yang lebih menarik dan tips-tips berguna untuk korang apply dalam kehidupan korang. Jaga diri semua, baiiii!
BE THE FIRST TO HEAR OUR UPDATES
Subscribe to our e-newsletter:
ABOUT FUN(D) FOR LIFE PORTAL
The Fun(d) for Life Portal aims to develop a financially-literate generation. It is an online platform that teaches students, parents & teachers financial literacy in a digital era. It is brought to you by Arus Academy with the support of FWD Takaful.
Recent Comments