My baby steps.

BRACE YOURSELF FINANCE TALK ISY COMING COM | Finance Meme on ME.ME

Umur dah 23 tahun, tapi takde lesen!” 


Biasa lah tu. Umur 23 dah sibuk dengan hal universiti lepastu sibuk dengan internship lepastu sibuk dengan urusan kerja, mana sempat nak fikir. Isu lesen kereta ni terlalu sensitif untuk aku, sebab adik lelaki aku yang baru umur 19 tu pun, dah ada lesen kereta. 


Busy lah, nanti lah. Takde masa nak pergi kelas.” tu apa yang aku selalu jawab bila orang tanya bila nak ambil lesen kereta. Dunia sekarang kan ada Grab, ada LRT, MRT, KTM. Apa nak risau? 


Itu lah perangai aku bila disoal berkaitan komitmen jangka panjang. Kalau pasal simpanan, tak payah cakap lah. Susah betul nak menyimpan. Kalau masa awal-awal masuk belajar dulu, duit poket cukup-cukup makan je. Tapi rezeki datang dalam pelbagai bentuk, semuanya cukup je sampai hujung bulan. Takde berjoli atau makan dekat cafe mahal pun. Tapi, banyak habis dekat bayar sewa rumah, bil api air, wifi, bayar data internet, beli barang dapur, barang assignments dan lain-lain. 


Masa kerja, pernah je simpan, lepastu keluarkan semula. Beli barang apa entah lah. Banyak beli sebab nafsu, bukan sebab keperluan pun. Tapi memang tak pernah terfikir lah nak menyimpan lagi-lagi dalam Unit Trust atau Takaful. Memang jauh sekali. Parents aku pun tak pernah nak tegaskan isu simpanan atau isu menabung. Paling-paling pun, dia membebel “Tak habis-habis bazir duit beli benda bukan-bukan dekat Shopee” setiap kali kurier hantar barang kat rumah. 


More Funny Finance Memes That Makes Us LOL


Mungkin sebab dulu masa zaman universiti, dah puas kerja part time penat-penat dan still kena ikat perut sebab ada je utiliti nak kena bayar. Balik kelas je masuk kerja. Memang penat, tapi puas hati sebab tak payah nak mintak duit mak ayah dah. Aku ada adik kecil yang masih bersekolah, jadi kalau boleh, aku taknak bebankan mak ayah dah. Bila dah besar sikit, dah boleh cari duit sendiri, leka pulak dengan nilai yang ada dalam tangan. 


Satu hari, kawan baik aku Aminah, post Instagram story. Kapsyen dia “Kalau kau boleh spend RM100 dekat Shopee, takkan lah tak boleh nak spend RM100 dekat Takaful. Untuk kau juga in future nanti.” Haha masa tu, aku congak balik jumlah kasar perbelanjaan aku dekat Shopee. Melampau jugak shopping non stop, sebulan boleh cecah RM100, kadang-kadang lebih dari tu!


Accounting & Finance No - Grumpy Cat - quickmeme


Kita semua tahu je cara nak menyimpan dan dekat mana nak menyimpan. Tapi kita tak diberikan pendedahan atau pemahaman yang paling mudah dan “relatable”.


finance Memes & GIFs - Imgflip


Bangsa Melayu jarang-jarang ada literasi kewangan yang mendalam.  Aku dah umur 23 tahun pun, baru tahu, yang dengan RM100 sahaja kita dah boleh start buka akaun Takaful sendiri. Dan aku suka simpanan macam ni, namanya force saving, bagi diri aku. Duit takde depan mata, dan aku yakin amaun RM100 tu masih mudah untuk aku simpan secara bulanan. Kalau Aminah tak bagitahu, mungkin sampai hari ni aku tak tahu langsung. Yelah, topik kewangan ni isu yang berat. Orang cuma nak tahu berapa modal kena keluarkan dan manfaat je. 


Content production - Is there a place for memes in finance content? - Finance - Content Marketing | The Dubs


Kalau dah umur 30 tahun pun, aku masih boleh ambil lesen kereta dan lulus. Tapi kalau aku tak mula menyimpan dari sekarang, entah berapa banyak lagi not RM100 aku terbazir macam tu je. 


A Finance meme. So sick. - 9GAG


“I wish somebody would give me wake up calls earlier.” 


Manusia memang boleh berubah, tapi tak semua orang mampu berubah. Habit menabung ni kena buat dengan rela hati, disiplin dan konsisten. Kalau nak tunggu tua baru nak menyimpan, silap-silap, masa aku sedar yang aku dah tak muda tu, aku sudah pun terlalu tua untuk memulakan sesuatu yang baru. 



Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *