Terkejut beruk!

Biasanya, kalau I buat poll kat Instagram story, atau kalau I buat questionnaires, mesti ada je yang jawab. I biasanya buat polls and questionnaires pasal skincare dan makeups. I berani cakap  I have a good personal branding with my followers. Tak ramai pun, takde nak cecah berpuluh ribu followers pun. Tapi, semua posting dan reels adalah organic. Maksudnya, bukan berbayar dan trafik datang dari pengikut IG I. And if buat content pun, biasanya paling busuk pun dalam 100 response dalam tangan lah.

 

Tapi since I ada sikit pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, I ingatkan nak share to my dear audiens lah kan. I nak my followers pun celik kewangan juga. Tak best lah kalau ada ilmu lepastu simpan sorang-sorang. I dapat ilmu pun sebab ada kawan-kawan yang prihatin dan suka berkongsi. Jadi, mengapa tidak untuk kongsi dengan lebih ramai orang, betul tak?

 

Gaji Asyik Habis Je Tiap Bulan? Ketahui Apa Puncanya!

 

 

So, I pun buat lah satu questionnaire. Satu je tau. I buat questinnaires sebab I wonder if every person has the same mission and ambitions.

 

 

“Literasi & kebebasan kewangan penting kepada saya kerana….”

 

 

Krik krik bunyi cengkerik. Takde jawapan. Curiosity killed the cat. Rasa janggal bila soalan tu tak berjawab.

 

“Oh mungkin laras Bahasa tinggi sangat. Mungkin dorang tak faham”

 

I don’t Understand - Jackie Chan Why? | Make a Meme

 

Jadi, I pun buat new IGstory.

 

“Financial Literacy dalam Bahasa Melayu bermaksud Celik Kewangan. Maksudnya, kebolehan menguruskan kewangan termasuklah menabung, melabur dan mengurus hutang.”

 

 

“Financial Freedom pula bermaksud mempunyai pendapatan untuk membayar kos sara hidup seumur hidup tanpa perlu bekerja atau bergantung kepada orang lain. Juga bermaksud mempunyai pendapatan pasif.”

 

Lepastu I tambah poll,

 

“Adakah anda telah belajar sesuatu yang baru tak?”

 

Haa yang ni sedap hati sikit la. 100 peratus jawab “Yes” hahaha. Mintak-mintak audiens I betul-betul baca dan fahami lah maksud dua perkataan tu.

 

Apa Itu CCRIS & Cara Dapatkan Laporan CCRIS Anda! | PropertyGuru Malaysia

 

Dan pada masa itu lah, yang I sedar, ramai sangat yang masih tak tahu mengenai pengurusan kewangan. Lagi-lagi yang sebaya I, umur 20-an. Ye topik ni bosan, tapi untuk masa depan diri dan anak cucu jugak. Kita selalu je tekankan dekat generasi muda supaya belajar rajin-rajin, cari kerja bagus, tapi jarang-jarang kita nak didik generasi muda untuk betul-betul memahami cara guna duit yang betul dan tak merugikan.

 

Lebih 22k 'Retweets', Wanita Ini Kongsi Nasihat Kewangan Berguna Untuk  Orang Muda. Useful!

 

Pada pendapat I, rugi sangat subjek Kewangan ini tak diajar di sekolah. Banyak manfaatnya kepada individu dan komuniti, secara menyeluruh. Apa pendapat korang? Setuju atau tidak?

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *