Kecil-Kecil, Celik Duit merupakan sebuah siri webcast yang bertujuan membina generasi celik kewangan. 

 

Antara topik-topik yang akan kita pelajari melalui siri ini: Duit, Bajet, Pelaburan, Macamana nak lindungi duit kita dan paling penting sekali.. Macamana nak Dapatkan Duit?

Episod 5:
Apakah risiko kewangan dan apakah itu Takaful?


Nampaknya, ramai yang tak tahu apa maksud risiko kewangan. 

Padahal, seorang yang celik kewangan adalah mereka yang bukan sahaja faham konsep kewangan tetapi mereka juga kena tahu dan bersedia untuk menghadapi risiko kewangan.


Antara soalan yang akan dijawab dalam Episod 5 Kecil-Kecil, Celik Duit ini adalah:


1. Apakah risiko kewangan yang biasa dihadapi? 

2. Apakah yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri kita dari risiko-risiko ini? 

3. Apa itu Takaful?


Jom tonton!

 

Episod 4:
Istilah dan Peralatan kewangan

Banyak betul istilah & peralatan kewangan pada masa kini, sampai pening kepala Zara. Ada akaun simpanan la, pinjaman bank, kad kredit & e-wallet.  Apa maksud setiap satu ni? 


Antara soalan yang akan dijawab dalam episod keempat Kecil-Kecil, Celik Duit ini ialah: 

1. Apakah antara istilah dan peralatan kewangan terkini yang ada kat luar sana? 

2. Apakah maksud, manfaat dan risiko akaun simpanan, pinjaman bank, Kad Kredit dan e-wallet.

3. Tips dalam mengharungi 1001 istilah istilah dan peralatan kewangan di zaman ni.


Jom tonton!

Episod 3:
Macam mana nak Kaya?

Siapa tak nak tahu, macam mana nak jadi kaya kan? Kalau nak jadi kaya, mestilah ada banyak duit kan?

Tapi… macam mana kita boleh dapatkan duit?

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ketiga Kecil-Kecil, Celik Duit ini adalah: Berapa banyak duit yang kita perlukan untuk jadi kaya? Apakah sumber-sumber duit? Macam mana saya nak mulakan perniagaan saya sendiri? dan apakah tips-tips untuk orang muda yang nak mulakan bisnes sendiri?

 

Jom tonton!

Episod 2:
Bajet itu apa dan kenapa kita perlukan bajet?

 

Kalau sebut perkataan ‘bajet’ ni, kita selalu dengar.. “Alamak, tak cukup bajet la bro’!. Mak Zara pun kata bajet tu penting untuk sesiapa sahaja yang sayangkan duit mereka. Ha, siapa tak sayang duit kan?

 

Tapi, bajet tu apa sebenarnya? 

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah: Bajet tu apa? Kenapa kita perlu gunakan bajet? Apa jadi pada orang yang tak gunakan bajet? Macam mana saya nak mula bajet di usia muda? Apakah tips-tips untuk mengamalkan tabiat bajet?

 

Jom tengok!

Episod 1:
Duit oh duit - duit itu apa dan kenapa kita kena ada duit?

 

Dari usia kecil lagi, kita dah mula nampak ibu bapa atau orang dewasa sekeliling kita membuat pertukaran dengan sekeping kertas atau syiling untuk mendapatkan sesuatu. Tapi, kenapa duit tu penting sangat? Jom kita kenali duit dengan lebih mendalam supaya kita boleh ‘berkawan rapat’ dengan duit!

 

Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah: Duit tu Apa? Kenapa kita kena ada duit? Apakah antara barang yang boleh kita beli dengan duit? Apakah antara tips-tips penting mengenai duit? 

 

Jom saksikan!

Korang ada persoalan lain mengenai duit yang korang nak Zara tanyakan pada pakar?
 

Kongsikan soalan-soalan anda mengenai duit di sini!