"Aku ingin menjadi seorang Apakah pula impian anda?

Apa itu FFL Dream Club?

Kami percaya bahawa setiap pelajar mampu mencapai cita-cita mereka.


FFL Dream Club adalah program bimbingan selama 2 tahun yang direka khas untuk membantu pelajar merealisasikan potensi diri dalam mencapai impian kehidupan mereka.


Melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna serta bimbingan rapat mentor, setiap pelajar diberi peluang untuk meneroka potensi diri dari segi akademik, kemahiran abad ke-21, teknologi dan inovasi dan literasi kewangan ke arah mencapai impian serta meningkatkan tahap kehidupan.

Terokai Potensi Diri

“Apakah syarat minimum akademik yang diperlukan untuk mencapai impianku?”

 

Bimbingan dari segi akademik diberi untuk memastikan tahap pencapaian pelajar adalah setara dengan syarat minimum yang diperlukan untuk mereka terus mengejar cita-cita yang diingini.

“Apakah kemahiran abad ke-21 yang perlu diasah untuk merealisasikan impianku?”

 

Kemahiran berkomunikasi secara efektif, kepimpinan bersama serta kecerdasan emosi adalah antara kemahiran yang akan diperkenalkan serta diasah supaya setiap pelajar dilengkapi dengan jati diri yang boleh dibawa sehingga ke alam dewasa dalam meneruskan impian mereka.

“Bagaimanakah teknologi dan inovasi mampu meningkatkan tahap impianku?”

  Dengan penerapan teknologi dan inovasi, pelajar akan didedahkan kepada aplikasi dunia nyata dan manfaatnya dalam meningkatkan impian ke tahap yang lebih tinggi.

Antara pendedahan teknologi yang akan diberikan adalah seperti:

  1. Pembinaan web
  2. Pembinaan aplikasi
  3. Reka bentuk grafik
  4. Videografi
“Bagaimana aku dapat menguasai kemahiran kewangan supaya impianku dapat dikekalkan?”

Sebahagian daripada usaha untuk mencapai impian mereka, pelajar juga akan didedahkan kepada konsep kewangan, kegunaannya dalam kehidupan seharian serta kepentingan mencapai kebebasan kewangan dalam meneruskan impian dan masa depan yang lebih cerah untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Pengalaman Bersama

FFL Dream Club menyediakan ruang dan persekitaran yang selamat dimana setiap pelajar akan didengar dan dihormati. Pelajar akan didorong untuk berfikiran terbuka oleh komuniti yang bersifat menyokong dan pelajar diberi kebebasan untuk meneroka impian dan aspirasi serta berkongsi cabaran yang dialami.

FFL Dream Club membantu pelajar dalam mengatasi rintangan kehidupan serta memperoleh kemahiran baharu dengan menanamkan minat belajar dan daya tahan minda yang kuat.

Penekananan kepada aspek memahami diri sendiri yang unik serta kekuatan dan nilai diri yang tinggi akan membantu dalam membina harga diri pelajar dan memberi tujuan hidup yang jelas.

Aspek kepimpinan yang diwujudkan bukan sesuatu kedudukan tetapi peranan yang diambil serta tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pelajar dalam pasukan masing-masing.

Setiap pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran dan diberi peluang untuk menyumbang kepada komuniti masing-masing. Bermula daripada tahap mengenalpasti masalah, diteruskan kepada tahap membuat keputusan dan kemudian mengambil tindakan untuk membantu, pelajar akan diberi pengalaman dunia sebenar dalam perkembangan mereka untuk menjadi warga negara yang aktif.

Titik Perjalanan Program

Tahap 1

Pelajar akan mengenal pasti impian mereka yang berpunca daripada semangat dan kekuatan diri mereka.

Tahap 2

Pelajar berjaya mengenal pasti impian mereka kemudian berusaha untuk memahami kepentingan dan mengkaitkan setiap kategori kemahiran dengan proses mencapai impian mereka.

Tahap 3

Pelajar akan mengenal pasti kursus dan kemahiran tertentu yang boleh dimanfaatkan kepada impian mereka, dan akan diusahakan untuk mendapat akreditasi kursus kemahiran teknologi tertentu.

Tahap 4

Pelajar dapat menunjukkan bukti dari segi peningkatan prestasi akademik dan kemahiran dalam aspek teknologi dan inovasi serta literasi kewangan.

Pelajar juga menunjukkan kemajuan impian mereka melalui pembentangan projek.

Tahap 5

Pelajar lulus sebagai mentee kemudian mengambil peranan sebagai mentor untuk menuntut pelajar baharu dan meneruskan bimbingan yang diterima.

Ingin merealisasikan impian mereka bersama kami?

Sertai kami sebagai mentor tetamu!
Nantikan maklumat lanjut
Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!