Assalamualaikum, hi semua! Siapa tahu nama saya?

 

 

Ya betul, nama saya.. Zara!

Terima kasih sebab korang semua dah berjaya habiskan siri 'Kecil-Kecil, Celik Duit' di www.fundfor.life/KKCD !

You are the best lah!

So, kita dah sama-sama borak dan sembang dengan mak Zara, kak Intan, Kak Iza, Auntie Aiza & uncle Najib untuk belajar mengenai pelbagai konsep berkaitan kewangan seperti perancangan bajet, macam mana nak buat dan jaga duit, peralatan kewangan, pengurusan risiko kewangan, Takaful dan juga pelaburan. 

Sekarang, Zara nak tengok siapa antara korang semua yang betul-betul beri perhatian sepanjang 6 episod tersebut dan faham

tentang topik-topik yang dikupas melalui Kuiz Kecil-Kecil, Celik Duit ni. Tak susah sangat pun soalan dia hehehe...

Pemenang yang berjaya mendapatkan markah tertinggi dalam masa terpantas akan dinobatkan sebagai....

"Juara Kecil-Kecil, Celik Duit!"

dan bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyakkkkk

RM200!!!

Semua peserta juga akan menerima Sijil Penyertaan. Wow rugi tak join ni!

Untuk sebarang pertanyaan, sila sertai Telegram Kelab Celik Wang di https://t.me/kelabcelikwang ya!

 

 

Seperti mana-mana kontrak, jangan lupa baca terma & syarat di bawah!

 

Terma & Syarat

1. Kuiz Kecil-Kecil, Celik Duit di pautan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2003 hingga 2014 sahaja.

2. Dengan penyertaan anda dalam kuiz ini, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada ibu bapa anda.

3. Dengan penyertaan anda dalam kuiz ini, anda bersetuju kepada penggunaan nama dan maklumat anda untuk tujuan promosi oleh pihak kami.

4. Sekiranya anda pernah menyertai dan/atau memenangi Kuiz KKCD ini sebelum ini, anda boleh menyertai Kuiz pada kali ini lagi, sebab soalannya semua berbeza.

5. Bagi Kategori Individu: Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan tepat paling tinggi dalam masa terpantas. Anda boleh menjawab berulang kali dan kami akan hanya mengambil keputusan terbaik anda. Markah tertinggi yang akan dipaparkan oleh sistem adalah 30/32 kerana 2 soalan terakhir adalah subjektif. 

6. Bagi Kategori Kumpulan/Sekolah: Semua peserta yang menyertai Kategori Kumpulan masih layak menyertai Kategori Individu. Anda cuma perlu meletakkan nama Kumpulan anda sewaktu pendaftaran di muka surat pertama Kuiz. Pastikan anda pilih nama kumpulan yang unik! Kumpulan yang mempunyai bilangan penyertaan lengkap tertinggi akan memenangi Kategori Sekolah dengan hadiah wang tunai RM500!

7. Pihak penganjur berhak mengubah terma & syarat pertandingan pada bila-bila masa sahaja. 

8. Keputusan dari pihak penganjur bagi pertandingan ini adalah muktamad.

9. Keputusan akan diumumkan pada 31 Oktober 2021 (Ahad) di Majlis Penutup Bulan Literasi Kewangan Fun(d) for Life. Nantikan updates di laman Instagram www.instagram.com/fundfor.life dan channel Telegram kami di https://t.me/kelabcelikwang.

Belum tonton siri Kecil-Kecil, Celik Duit?

Jom tengok kat sini: https://fundfor.life/murid/kkcd/ dulu.

 

Dan tonton? Ready? Set.... Jom Mula!

Nama Murid
Nama Kumpulan (Jika ingin turut menyertai kategori kumpulan)
Nama Sekolah
Negeri
Nombor Telefon
Emel Murid
Umur pada tahun 2021
No. IC Murid (untuk pengesahan)