UPSR Dimansuhkan. PT3 dibatalkan. Impak

Adakah Keputusan Peperiksaan Anda Memberi Impak Ke Atas Gaji Anda Kini?

UPSR dimansuhkan? PT3 dibatalkan? 

 

Tak boleh jadi ni! 

 

Bagaimana kita nak nilai potensi seorang pelajar? Bagaimana kita nak tahu tahap kejayaan setiap pelajar di masa hadapannya? Lagi penting, macam mana kita nak bayangkan tahap gaji seseorang pekerja tanpa keputusan peperiksaan? 

 

Ha, nasib baik ni baru tahap UPSR dan PT3 dan bukan SPM yang dibatalkan kan. 

 

Apa-apa pun, jom bincang jawapan pada soalan“Adakah keputusan peperiksaan zaman sekolah anda dulu memberi impak ke atas gaji anda kini?”

 

“Tidak. Tidak sama sekali. Melainkan bagi 1-2 pekerjaan pertama saya sewaktu mula bekerja.” – Chun Wah Hoo, Pengarah Urusan, NGOhub.asia

 

“No — I would attribute a lot of my accomplishments, my current salary based on the experience I’ve gained and the passion I have for the job. Exams may have brought me into university, but my accomplishments outside of academics got me where I am.”

– Alina Amir, Co-Founder, Arus Academy

 

“Tidak. Murid-murid di Jepun tidak menduduki peperiksaan besar sehingga mereka memasuki tahap sekolah menengah. Kita perlu menerapkan nilai murni sejak pendidikan rendah lagi seperti taat, hormat antara satu sama lain, tepati waktu & teratur (ADAB) yang juga ditekankan dalam Islam. Keputusan “A” yang banyak bukan ukuran kecemerlangan. Tidak semestinya mereka yang cemerlang akademik pada hari ini akan menentukan jenis pekerjaan yang baik pada masa depan.”

– Ezzeline Iswan, Pegawai Bank

…..

 

Bagi saya sendiri, saya rasa apa yang lebih memberi impak kepada gaji saya kini adalah nilai yang telah diasah melalui alam persekolahan. Nilai seperti keyakinan bersuara dan sikap selalu ingin memperbaiki sesuatu kerja yang saya lakukan – samada homework, assignment, keputusan peperiksaan ataupun kerja.

 

Rasanya, nilai-nilai ni bukan hanya dipupuk sewaktu  membuat persediaan nak ambik kertas peperiksaan tu, tapi sepanjang alam persekolahan dan pastinya, apa yang saya pelajari kat rumah jugak. 

 

Jadi, walaupun UPSR dimansuhkan dan PT3 dibatalkan, banyak lagi cara lain yang boleh kita gunakan untuk menilai dan memupuk nilai-nilai yang akan memberi impak ke atas potensi setiap pelajar dan gaji mereka kelak. 

 

Apa pendapat korang? 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *