CK 6: Pengurusan Risiko, Perlindungan Dan Insurans

Standard Kandungan Celik Kewangan

6.3 Menerangkan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Bahasa Melayu

Tahun 5: Tema 8 Ekonomi Malaysia

 

Pendidikan Islam

Tahun 4: Unit 2 Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW

C.a.iii. Keselamatan Kewangan dan Insurans

  • Mempunyai kesedaran asas bagaimana produk simpanan dan insurans boleh membantu sebagai cara mengurus risiko.
  • Mempunyai kesedaran am mengapa individu melanggan produk insurans.
  • Boleh membuat keputusan sama ada produk insurans penting kepada situasi mereka sekarang

SDG 3 Kesihatan yang Baik & Kesejahteraan

1.2.3 Pelajar boleh berkomunikasi tentang isu berkaitan kesihatan, dan strategi menghalang daripada penyakit serta menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Kad Cabaran Kumpulan

1. Kad-kad mengandungi situasi, soalan dan/atau maklumat diletakkan di atas meja setiap kumpulan

2. Pelajar A membaca kandungan Kad Situasi 1

3. Pelajar B memberikan cadangan jawapan/penyelesaian

4. Pelajar C bersetuju dengan Pelajar B dan beri penerangan lanjut atau tidak bersetuju dan beri jawapan/penyelesaian alternatif

5. Pelajar D dapatkan persetujuan ahli kumpulan dan buat catatan pada Lembaran Kerja

6. Pelajar A maklumkan keputusan kumpulan kepada guru

7. Pelajar bertukar peranan A,B,C,D secara bergilir apabila membuka Kad Situasi baharu

8. Setiap kumpulan diberikan 10 kad wang

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang jenis-jenis insurans dan perlindungan insurans kediaman sebelum sesi pembelajaran, secara kendiri

Jenis-jenis Insurans

Insurans Kediaman

Aktiviti

Situasi 1: Barangan Isi Rumah Berharga

Standard Pembelajaran

CK6.3.1

Menyenaraikan barangan isi rumah yang berharga

 

CK6.3.2

Menerangkan bagaimana barangan berharga mungkin rosak dan cara untuk melindungi barangan tersebut 

Bahan

Keratan Kad Situasi 1
Keratan Kad Wang

Masa

10 Minit

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit) dan minta kumpulan buat keputusan pada minit ke-9

 

2. Terima Kad Wang yang diserahkan oleh setiap kumpulan

 

3. Pastikan wakil kumpulan memberikan jumlah Kad Wang yang tepat dengan jumlah senarai barangan isi rumah yang dipersetujui untuk diinsuranskan

Tindakan Murid

1. Pilih barangan rumah berharga daripada senarai tersedia dan senaraikan dalam Lembaran Kerja

 

2. Bincangkan cara melindungi barangan isi rumah yang disenaraikan

 

3. Pilih barangan isi rumah untuk diinsuranskan. Bayar premium ‘1 Kad Wang’ bagi setiap barangan 

Situasi 2: Perlindungan Nyawa

Standard Pembelajaran

CK6.3.4

Menerangkan kepentingan insurans dapat mengurangi beban akibat kemalangan, sakit, kematian dan lain-lain 

Bahan

Keratan Kad Situasi 2
Keratan Kad Wang

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit) dan minta kumpulan buat keputusan pada minit ke-9


2. Terima Kad Wang yang diserahkan oleh setiap kumpulan

Tindakan Murid

1. Kongsi dan bincangkan tentang insurans hayat kepada ahli kumpulan, berdasarkan video yang ditonton sebelum sesi pembelajaran

 

2. Bincangkan sama ada ‘ahli keluarga’ ini perlu diinsuranskan pada Lembaran Kerja. Bayar premium ‘2 Kad Wang’ jika perlu diinsuranskan

Situasi 3: Dalam Perjalanan

Standard Pembelajaran

CK6.3.4

Menerangkan kepentingan insurans dapat mengurangi beban akibat kemalangan, sakit, kematian dan lain-lain 

Bahan

Keratan Kad Situasi 3
Keratan Kad Wang

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit) dan minta kumpulan buat keputusan pada minit ke-9

 

2. Terima Kad Wang yang diserahkan oleh setiap kumpulan

 

3. Pastikan wakil kumpulan memberikan jumlah Kad Wang yang tepat dengan jumlah jenis insurans yang hendak dilanggan

Tindakan Murid

1. Bincang dan tetapkan perancangan percutian dan perjalanan kumpulan

 

2. Bincang dan tetapkan jenis insurans yang ingin dilanggan

 

3. Bayar premium ‘1 Kad Wang’ bagi setiap jenis insurans yang dilanggan 

Situasi 4: Rugi oh Rugi

Standard Pembelajaran

CK6.3.3

Mengenal pasti implikasi kerugian kewangan dan bukan kewangan

Bahan

Keratan Kad Situasi 4

Keratan Kad Wang

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit) dan minta kumpulan buat tuntutan jika berkaitan


2. Serahkan 2 Kad Wang bagi setiap situasi yang dilindungi insurans


3. Terima 2 Kad Wang bagi setiap situasi tidak dilindungi insurans

Tindakan Murid

1. Bincangkan jenis-jenis musibah yang berlaku berdasarkan Kad Situasi

 

2. Tuntut Pampasan/Bantuan bagi situasi dan barangan yang diinsuranskan (terima Kad Wang)

 

3. Buat Bayaran bagi musibah/barangan yang terkesan dengan musibah dan tidak diinsuranskan (serahkan Kad Wang)

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Bingo Refleksi

Mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan semasa pembelajaran menggunakan Lembaran Kerja

Imbas Kembali Bersama

Perkongsian

Kongsi satu bingo masing-masing beserta jawapan kepada kelas

Pasca-Pembelajaran

Penerokaan Maklumat

Pelajar membentuk soalan menggunakan 5W1H berkenaan Takaful

 

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dibentuk melalui penerokaan maklumat secara individu

 

Rekod dapatan maklumat kepada Lembaran Kerja Pasca Pembelajaran

Insurans vs Takaful

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 6 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!