CK 3: Pengurusan Dan Perancangan Kewangan

Standard Kandungan Celik Kewangan

3.6 Menggunakan kemahiran untuk membuat keputusan berbelanja yang berhemat

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tahun 6: 5.1 Penyelesaian Masalah Melibatkan Wang

 

Pendidikan Islam

Tahun 1: Unit 3 Kedai Kek Ummi

Unit 4 Seronoknya di Pasar Raya

 

Pendidikan Moral

Tahun 2; Tahun 3; Tahun 4

Unit 13 Kesederhanaan

A.b.ii Pembayaran dan Pembelian

  • Yakin untuk membuat keputusan berbelanja sendiri tanpa dipengaruhi pilihan rakan

 

D.a.ii Pengetahuan, Maklumat dan Nasihat

  • Tahu perbezaan di antara maklumat atau nasihat kewangan dan pemasaran, promosi produk atau iklan dalam situasi kewangan

 

A.c.iii Pembayaran dan Pembelian

  • Membuat keputusan berbelanja dengan mengambil kira semua aspek – termasuk apabila membeli barangan besar

 

C.a.ii Mengenal Pasti Risiko

  • Mengenal pasti tipu helah harga dan iklan palsu

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang konsep aset dan liabiliti, perbelanjaan berhemah dan membuat carian perbezaan di antara fakta dan pendapat secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Aset dan Liabiliti

Perbelanjaan Berhemah

Tips Berbelanja

Aktiviti

Aktiviti 1: Bingo Harta Keluarga

Standard Pembelajaran

CK3.6.1

Memberi contoh aset keluarga

 

CK3.6.2

Menerangkan perbezaan antara aset dengan liabiliti serta memberi contoh bagi kedua-duanya

Bahan

Gambar Item Milik Keluarga

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan sumber bagi keratan gambar atau minta pelajar bawa dari rumah

 

2. Terangkan langkah-langkah aktiviti kepada pelajar

 

3. Melalui permainan bingo aset/liabiliti, minta wakil kumpulan yang mendapat skor 1 bingo memberi penerangan mengapa item dipilih merupakan aset atau liabiliti

 

4. Minta kumpulan pelajar yang berlainan pendapat untuk memberi soalan lanjutan atau berkongsi pendapat mereka kepada kelas

Tindakan Murid

1. Pilih keratan-keratan gambar yang menggambarkan aset dan liabiliti keluarga dan lekat pada bingo aset atau bingo liabliti

 

2. Jelaskan kepada kelas mengapa item yang dipilih merupakan aset atau liabiliti 

Tip untuk Cikgu

  • Galakkan pelajar membanding bezakan aset di rumah masing-masing atau item yang mereka perhatikan di sekeliling mereka 

Aktiviti 2: Langkah Kiri, Langkah Kanan

Standard Pembelajaran

CK3.6.3

Menerangkan bagaimana desakan daripada rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja

Bahan

Tali/Pita Penanda

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Terangkan langkah-langkah aktiviti kepada pelajar

 

2. Bacakan situasi-situasi berbelanja kepada pelajar

 

3. Minta pelajar berkongsi situasi yang pernah dialami mereka atau memberi penjelasan lanjut berkaitan situasi yang dikongsi

Tindakan Murid

1. Pelajar berdiri di tengah (atas garisan) dan bergerak ke kanan apabila bersetuju dengan kenyataan yang dibacakan guru, dan bergerak ke kiri jika tidak bersetuju

 

2. Menceritakan keadaan di mana situasi dibacakan guru berlaku kepada diri sendiri

 

3. Mengutarakan pendapat atau memberi penjelasan kepada situasi yang dikongsi guru

Tip untuk Cikgu

  • Langkah Kiri, Langkah Kanan juga boleh dipelbagaikan kepada gaya “O” dan “X” dengan tangan sambil menghadap rakan-rakan, atau berdiri untuk ya dan duduk untuk tidak

Aktiviti 3: Wartawan Semasa

Standard Pembelajaran

CK3.6.4

Menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan merupakan fakta atau pendapat

Bahan

Poster/Keratan Akhbar/Video Iklan

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan stesen-stesen bagi iklan daripada media cetak, televisyen dan dalam talian

 

2. Bantu pelajar untuk melengkapkan catatan penilaian iklan pada Padlet jika perlu 

Tindakan Murid

1. Bincangkan bersama-sama rakan kelas perbezaan fakta dan pendapat

 

2. Pilih jenis iklan untuk dinilai dan catatkan pemerhatian serta penilaian iklan

 

3. Rekodkan penilaian ke padlet

 

4. Baca catatan penilaian rakan-rakan di padlet dan kongsikan komen

Tip untuk Cikgu

  • Bagi situasi tanpa capaian internet, gunakan ruang di sekitar kelas atau papan putih untuk kolum di mana pelajar boleh melekat nota penilaian mereka 

 

  • Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar waktu kelas sebagai aktiviti pemerhatian luar kelas bagi memudahkan aktiviti penilaian iklan di televisyen dan sumber-sumber lain

Aktiviti 4: Perbelanjaan Terakhir

Standard Pembelajaran

CK3.6.5

Menggunakan teknik membuat keputusan secara sistematik dalam setiap keputusan berbelanja

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Umumkan situasi pandemik/peperangan dunia. Kerajaan telah mengarahkan kita berkurung selama satu minggu di rumah. Minta pelajar menyenaraikan 10 barangan pembelian untuk tempoh berkurung berdasarkan 20 barangan tersenarai.

 

2. Minta pelajar kongsi 10 barangan pilihan dan anggaran harga mereka

 

3. Kongsikan harga sebenar setiap barangan daripada senarai

 

4. Edarkan katalog-katalog runcit dan minta pelajar membuat pelan perbelanjaan untuk 10 barangan bagi tempoh berkurung

 

5. Adakan perbincangan kelas untuk berkongsi teknik-teknik dalam membuat keputusan berbelanja secara sistematik

Tindakan Murid

1. Senaraikan 10 barangan yang akan dibeli sepanjang tempoh berkurung selama seminggu

 

2. Catatkan anggaran harga dan kos barangan-barangan yang dipilih daripada senarai

 

3. Buat pilihan 10 barangan dengan merujuk katalog runcit

 

4. Kongsi dan bincangkan teknik yang digunakan dalam membuat keputusan berbelanja kepada kelas

Tip untuk Cikgu

  • Sediakan katalog runcit daripada pelbagai peruncit berbeza. Contoh aktiviti menarik bagi teka harga daripada rancangan The Price is Right 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Penilaian Kendiri

Pelajar menilai penguasaan kendiri terhadap pengetahuan berkaitan perbelanjaan pada Rubrik Perbelanjaan

Imbas Kembali Bersama

Penilaian Rakan

Secara berpasangan, lakukan soal jawab dengan merujuk rubrik penilaian rakan dan sahkan penilaian kendiri rakan atau cadang tahap penguasaan baharu berdasarkan jawapan dan maklum balas daripada rakan

Pasca-Pembelajaran

Bajet Sebelum Beli

Pelajar merangka bajet dan perancangan perbelanjaan bagi tempoh seminggu dan berkongsi dengan rakan kelas 

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 3 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!